Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, September 25, 2010

CABANG PASIR SALAK DAPAT KETUA BARU


hari ini, PKR Cabang Pasir Salak mengadakan pemilihan Jawatankuasanya untuk sesi 2010 - 2012 dan diadakan di pejabat PKR Pasir Salak di Langkap. Sejumlah 1550 orang ahli yang berdaftar dan berhak untuk mengundi dan yang dapat hadir cuma hampir 300 orang sahaja.

Ahli yang hadir mendaftarkan diri untuk menyertai mesyuarat Agung tersebut.

pada sesi 2010 ini MATC dan Perhimpunan peringkat pusat diadakan pemilihan jawatankuasa dan di faham hampir semua cabang hangat dengan pertandingan merebut jawatan yang dipertandingkan. Kehadiran ahli pada tahun ini memang diluar jangkaan kerana adanya pemilihan dalaman parti

Sebahagian dari ahli yang hadir sedang menunggu untuk mendaftar diri serta mengambil dokumen mesyuarat. Sambil menunggu giliran pendaftaran mereka juga mengambil kesempatan untuk membasahkan tekak dengan jamuan yang disediakan oleh pihak urusetia.



Calun timbalan ketua Cabang memasukan kertas jawatan yang dipertandingkan, walaupun adanya pemilihan tapi pertandingan hanya ujud di peringkat Ketua dan Timbalan Ketua Cabang sahaja dan kertas pencalunan untuk Naib yang disertai oleh 2 calun di tolak oleh pihak pemantau pilihanraya semasa pencalunan tempoh hari, masing-masing menerima bantahan. Untuk pada sesi kali ini Cabang Pasir Salak sudah tentu kekosongan jawatan Naib Ketua tersebut.


Sdr. Mustaffa Kamil Ayub pemangku ketua Cabang mengesahkan untuk menerima kertas pengundian jawatan Ketua Cabang. Selaku naib presiden sudah tentu tumpuan diberikan kepada beliau dan harapan untuk meneruskan perjuangan PKR khususnya di Pasir Salak.


Tn. Hj. Osman Abdul Rahman adalah bekas Ketua Cabang yang meninggalkan jawatan tersebut 3 tahun lalu kerana masalah keluarga, dan beliau menyerahkan jawatan Ketua kepada Sdr. Mustaffa Kamil pada ketika itu selaku Tim. Ketua Cabang. Kehadiran beliau pada hari penamaan calun dan mengesahkan untuk bertanding pada 4 September lalu telah membangkit rasa kurang senang ramai kalangan ahli parti. Kerana beliau telah lama tidak melibatkan diri dengan parti. Tapi akhirnya pada saat masa kecemasan beliau menghantar borang pencalunan untuk merebut kembali jawatan no. 1 di peringkat Cabang. dan akhirnya beliau berjaya mengalahkan Sdr. Mustaffa Kamil dengan kelebihan 17 undin.

Kini sudah tentu PKR Pasir Salak bergelora, rasa tidak puas hati sudah tentu ujud, kerana sepanjang 2 minggu telah ujud 2 kem - kem haji Osman dan kem sdr. Mustaffa dan kedudukan beliau di peringkat negeri dan pusat juga tercalar. Apakah ini yang di cari oleh Hj. Osman, atau apakah Hj. Osman dapat arahan dari KL untuk mencalarkan Sdr. Mustaffa, kerana keinginan sdr. Mustaffa untuk jawatan Timbalan Presiden yang kini sudah layak untuk bertanding mungkin di curigai oleh pihak calun-calun yang lain.

Walau apa pun " buruk laku " yang berlaku kini, PRU13 perlu diletakkan sebagai matlamat, kekuatan PKR di Pasir Salak banyak di bantu oleh PAS. kesetiaan kawan perlu ada, PKR ada 2 kerusi ( 1P 1 N ) PRU12, jika kecelaruan kalangan ahli dengan ujudnya 2 kem ini nanti apakah penganugerahan 2 kerusi dapat dikekalkan. keintiman dan keserasian sesama ahli kini ini terletak pada bahu Hj. Osman sebagai Ketua Cabang dan jawatankuasanya. Perbaiki segera apa yang terjadi sepanjang 2 minggu yang lalu. Rapatkan balik saf kepimpinan. Tegohkan balik saliturahim di kalangan ahli. Apa yang penting PRU13 perlu menjadi matlamat.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA