Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, September 24, 2010

RAMADHAN - KAMI TERUS MERINDUI MU

Khuttab yang dibacakan oleh khatib pada Jumaat ini sungguh " menikam " dan " mencabar " sekali kerana pada Jumaat ini 24 Sep. 2010, khuttab merangkumi semua aspek penghidupan harian setiap individu. Apa tah lagi umat Islam baru sahaja selasai menunaikan rukun Islam ke 3 - Berpuasa di Bulan Ramadhan.

Apakah setiap individu Muslim hanya berjaya untuk berkata " kami beriman " sedangkan keimanan yang ada pada diri mereka langsung tidak pernah diuji. Ayat 2 & 3 surah al-'ankabut bermaksud " Dan demi sesungguhnya! kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka ( dengan ujian Yang demikian ) nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang di ketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta
.
Cuba kita imbau kembali Ramadhan yang telah kita tinggalkan, Ramadhan adalah satu ujian dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Berbagai ujian terhadap hawa nafsu maka sekarang tanyalah diri kita samada telah lulus dan berjaya menjadi hamba Allah yang tunduk patuh kepada segala suruhan dan laranganNya atau tiada sebarang perubahan ke arah menjadi hamba Allah yang soleh ?
Antara ciri-ciri gulongan yang berjaya dalam ujian tarbiah Ramdhan ialah antara mereka,
yang terus menyuburkan puasa sunat
terus dengan mendampingi dan membaca Alquran
terus mengamal dan memperbanyakan sembahyang sunat
mengamalkan sifat murah hati dengan bersedekah berzakat
suka memberi makan kepada orang lain
bersegera ke masjid untuk solat berjemaah
menjaga dn menunaikan waktu solah fardhu 5 waktu
mengerat dan menghubungkan saliturhim sesama muslimin
meneruskan iktikaf di masjid
bangun malam dan menunaikan sembahyang sunat
seterusnya mengamalkan amalan soleh yang lain - sebagai penyambung kepada Ramadhan yang telah di tinggalkan.
Apa pula ciri-ciri kalangan meraka yang Ramadahanny di tolak oleh Allah? antaranya adalah seperti berikut:
mereka yang gagal membuang sifat tercela dari dirinya seperti
takabur, sombong, hasad dngaki,khianat pecah amanah,skat makanperkara haram - rasuah dan riba dan mereka juga cukup gembiran dengan pemergian Ramadhan.
Ingatlah kita bukan mahu berhari raya di dunia ini, malahan apa yang lebih penting ialah berhariraya di syurga Allah di akhirat nanti

Islam tidak melarang umatnya berpakaian cantik - edisi akan datang

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA