Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, September 11, 2010

FENOMENA RAKYAT MALAYSIA MASA KINI

Di dalam kita menyambut hari raya pada hari i ni ,marilah sama-sama kita merenung sejenak fenomena yang sedang berlaku di sekeliling kita. hariraya pada tahun ini disambut disaat kita menyaksikan nilai-nilai akhlak dan moral semakin menjunam, khususnya di negara kita.

kes salah laku, pembunuhan kejam, penderaan seksual dan sumbang mahram kelihatan menjadi topik utama di dada-dada akhbar di negara ketika ini. Kini isu pembuangan bayi pula menular dengan teruknya dan saban hari ada saja pembuangan bayi di laporkan. hinggakan secara sinis masyarakat mengaitkan sambutan Perayaan hari kebangsaan adalah hari dimana kalangan " perempuan " mengangkangkan diri dan pada tahun depan tahun bayi di buang.



gambar pelajar di majlis khatam alqauran

Pembunuhan, penculikan kanak-kanak seolah-olah masyarakat masa kini hidup di dunia " zaman batu " tidak ada daya fikir, tidak mampu berfikir bertindak seperti se ekor binatang buas. bah kan pihak berwajib juga gagal menghalang perilaku tersebut. Kehilangan akhir nya hanya mayat yang diketemui. Ini membuktikan mereka yang melakukan sudah hilang pertimbangan dan tidak ada rasa perikemanusiaan. Apa tidaknya cara pembunuhan amat mendukacitakan dan kejam. Lagi malang kepada kanak-kanak perempuan di bunuh setelah di lakukan penderaan seksual.



ini pula gambar isteri pemimpin

Cuba kita menungkan bagimana keadaan ini boleh berlaku? apakah pertimbangan daya hidup manusia kini sudah tidak ada rasa " kekitaan " sebagai seorang manusia atau pun kita sabagi " muslim " pertimbangan dan garis panduan dari Alquran sudah tidak di jadikan panduan dan garis penghidupan harian. Atau adakah mereka sudah merasakan bahawa tidak ada sesiapa pun yang berkuasa ke atas dirinya. Atau mereka sudah hilang dan lupa bahawa Allah SWT memantau setiap pergerkan dan akan membalas setiap kejahatan yang dilakukan?

Apakah pada masa ini, di zaman dunia di hujung jari, dunia tanpa sempadan, manusia sebagai hamba Allah sudah tidak memathui syariat Allah SWT. Kehidupan tidak lagi berlandaskan kepada lunas-lunas agama yang sebenar malah semakin jauh dari apa yang ditetapkan oleh Allah SWT. Maksiat dibiarkan berleluasa dan undang-undang Allah di ketepikan. maka berlakukan ssebagai mana yang dinyatakan.



gambar hiasan -
apakah ini juga gejala salah laku di kalangan remaja muslim kini


Kenapa agaknya kerajaan yang memerintah " enggan " untuk mengguna pakai undang-undang yang termaktub dalam Alquran sebagai garis pandu untuk penghidupan harian, apakah mereka juga " tidak percaya " kepada arahan Allah SWT tersebut?

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA