Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, August 6, 2010

TPM, MENTERI PELAJARAN AGEN PEROSAK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG

Kini memang sudah nyata, keadaan pengurusan dan pentadbiran negara sudah tidak relevan untuk terus di uruskan oleh kepimpinan yang diterajui oleh UMNO. Kita lihat bagaimana mereka menidakan Rukun Negara, mereka juga sudah lupa bagaimana adanya Perlembagaan negara, bagaimana ketatasuliaan sebagai seorang pemimpin tidak lagi di jadikan garis ukur dalam pemimpin. Cakap tak serupa apa yang perlu di tindakkan, undang-undang di buat bukan dijadikan panduan tapi untuk tindakan kepentingan diri sendiri.
Bagaimana Mahyuddin kata Ir. Nizar sanggup buat kecoh di DUN Perak, bagaimana kepimpinan pembangkang mengeluarkan fitnah itu dan ini, lihat saja bagaimana Mazlan Aliman mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan salah laku di Felda, kini merebak pula ke Felcra. Jadinya kenyataan Mahyuddin ini seperti kanak-kanak yang baru lahir dan baru belajar untuk bercakap. Kenapa Mahyuddin tidak bercakap dan cermin diri, kenapa cakap tak fikir dulu dan lihat apa yang dibuat, kenapa tak fikir apa yang belaku semasa Ir. Nizar menerajui DUN Perak tempoh hari, kenapa ADUN di Kedah tak berminat untuk akur dengan arahan yang dibuat oleh Speaker DUN Kedah, kenapa SPR tidak akur dengan keputusan yang dibuat oleh Speaker, kenapa siapa yang berhak di DUN atau parlimen, speaker atau mahkamah? persoalan ini lah yang melambangkan Mahyuddin seperti kanak-kanak baru belajar bercakap. Lawat sungguh Mahyuddin ini.

Mahyuddin perlu ingat selain dari menjawat jawatan TPM, beliau juga adalah Menteri Pelajaran, menteri pelajaran adalah satu potfolio di mana kementerian yang akan melahirkan generasi kini dan akan datang, bagaimana persipsi rakyat jika menteri pelajara yang ada kini sering berdolak dalik, sering menipu, sering memunupulasikan kenyataan, malahan apa yang disedihkan lagi, beliau langsung tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk, yang benar dan palsu.
Dalam hal kes di DUN Perak, kenapa Mahyuddin gagal untuk membezakan siapa yang salah, apakah cara mendapatkan balik kerajaan Perak itu satu tindakan yang baik dan boleh di jadikan contoh, apakah dengan mengangkap speaker dan mengheret ADUN satu tindak yang profesional, apakah tindakan menggunakan PDRM untuk menghalang satu-satu program ceramah itu benar? Yang jadi mangsa akan datang ialah pelajar-pelajar yang kini masih di bangku sekolah, mahasiswa yang sedang berada di IPTA mau pun IPTS.
Untuk itu, sepatutnya Mahyuddin perlu berbincang dengan seluruh anggota kabinate bersama PM untuk memansuhkan Rukun Negara, buang Perlembangaan Negara, dan memerintah ikut cara sendiri, cara orang hutan, cara orang di zaman batu. Memerintah bukan ikut undang-undang tapi ikut hukum akal sendiri.
Rakyat sudah faham dan sungguh akur dengan ketidak relevennya UMNO untuk terus menerajui negera, untuk itu apa yang nyatakan oleh hampir semua kepimpinan UMNO akan di hukum pada PRU13 nanti, insyallah.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA