" Insan yang seimbang dan harmonis memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak mulia,mempuyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan, mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram, berbudaya penyayang, tubuh badan yang sihat dan cergas serta dapat bekerjasama dengan orang lain, insan yang seimbang dan harmonis ini memiliki kesedaran dan prihatin tentang tugas dan tanggungjawab, serta sentiasa berusah untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan tersebut dengan sebaik mungkin. ia memiliki ketahanan diri untuk menghadapi segala cabaran hidup dan sentiasa berikhtiar untuk mengatasi pelbagai masalah "
Huraian dari Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
" insan yang seimbang dan harmonis "
" insan yang seimbang dan harmonis "
Apakah kini peranan dan tanggongjawab Kementerian Pelajaran Malaysia suduh " tiada taringnya " Sejak akhir-akhir ini masalah pendidikan memang amat ketara sekali, kes buang bayi, kes rogol, kes buli, kes poteng kes curi dan samun, kes bersalin di bilik air sekolah, seolah-olah sudah menjadi satu budaya yang amat menggerunkan sekali. Jadi apakah Menteri, pegawai dan kakitangan di Kementerian Pelajaran tidak prihatin apa yang belaku pada para pelajar pada masa ini? Atau apakah pihak menterinya asyik berusaha untuk memastikan UMNO dan BN terus mendapat kepercayaan rakyat, atau apakah menterinya asyik hidup dalam keadaan selesa, atau ingin membiarkan anak bangsa tenggelam dengan isu-isu keruntohan moral tersebut.
Saranan pembinaan sekolah hamil peringkat kebangsaan akan menyebabkan gejala zina dan pergaulan bebas semakin berleluasa, kata ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail. ( gambar )
Beliau berkata, idea atau cadangan itu tidak masuk akal dan menghina generasi muda khususnya wanita.
"Saya tidak menolak bahawa remaja-remaja ini harus diberi peluang kedua tetapi dalam bentuk pencegahan dan bukannya satu bentuk habuan yang akhirnya akan mengakibatkan ia menjadi semakin sukar dibendung.
"Kita mahukan satu generasi yang lebih baik kerana mereka merupakan generasi yang akan mewarisi masa depan, namun dengan keluarnya idea dan pendekatan ini saya merasakan ia sesuatu yang cukup dikesali," katanya dalam satu kenyataan hari ini. ( perkembangan diri secara menyeluruh - FPK )
Ketua Puteri UMNO - boleh cakap tapi tidak ada disiplin diri
"Kita harus terbuka kepada hal ini, ada berlaku gejala sosial seperti ini dan salah satu usaha kita dalam memberi ruang kepada mereka, ialah mewujudkan institusi yang tersendiri supaya mereka boleh meneruskan pembelajaran. "Mereka ini masih boleh kita didik dan berikan pendedahan supaya mereka menjadi satu golongan yang boleh menyumbang kembali kepada negara. Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Nampaknya daya fikir dari Sri Kandi PKR ini lebih matang dan wajar di terima pakai daripada idea KM Melaka dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Mengapa kepimpinan pihak pemerintah mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah ini. Apakah berzina itu dibenarkan, apakah tata kelakuan tersebut sudah buntu jalan penyelesaiannya.
Pembelaan yang diberikan kepada "puteri" yang hamil tampa bapa ini, sepatutnya di kauseling, kenapa dan mengapa ianya berlaku, tapi cukup pelek dan anih bagaimana yang dicadangkan oleh kerajaan Melaka mencadangkan agar keluarga 'menggalakkan' memberi kebenaran kepada anak-anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah dibidas NGO wanita dan juga ahli politik. MAIM dan JAIM kedua-dua badan ini bersetuju agar kalangan remaja lelaki 18 tahun dan perempuan bawah 16 diberikan kelonggaran untuk benikah.
Cadangan sekolah hamil hina wanita

"Ini mengarut. Kita kembali ke zaman silam, apabila bukti yang mencukupi menunjukkan kita menolak perkahwinan kanak-kanak,” kata Ivy Josiah( gambar ), dari Pertubuhan Bantuan Wanita kepada Reuters.
Isu ini dibangkitkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam apabila beliau mencadangkan di tubuhkan sebuah sekolah untuk perempuan yang " termengandung " dan bagi beliau cara yang termudah untuk mengatasinya ialah dengan mengahwinkan mereka, kerana mungkin mereka sudah " gatal " untuk berkahwin. Walaubagaimana pun prosedur, seperti pemohonan pelu dibuat melalui Mahkamah Syariah dan juga ada pesetujuan dari kedua-dua ibubapa tau penjaga kedua-dua mempelai tersebut.
Bagi Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil perkahwinan bawah umur adalah “secara moral dan sosial tidak dapat diterima”. Menurut perangkaan, jumlah wanita hamil luar nikah di Malaysia meningkat kepada 111 bagi empat bulan pertama tahun ini berbanding 107 pada tahun 2008.
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkatakKebenaran berkahwin untuk pelajar di bawah umur bukan untuk semua tetapi ditentukan mengikut kesesuaian kes. "Dalam Enakmen Majlis Agama Islam dan peruntukan agama Islam hanya lelaki 18 tahun dan perempuan 16 tahun ke atas dibenarkan kahwin tetapi ada kekecualian yang dibenarkan oleh mahkamah syariah untuk mereka yang di bawah umur. "Tindakan Majlis Agama Islam Melaka itu ada peruntukan undang-undang jadi undang-undang akan tapis mengikut kes," katanya kepada pemberita, di Putrajaya. Bagaimanapun, Jamil Khir berkata tindakan itu tidak akan dapat mengatasi masalah tersebut secara keseluruhan tetapi hanya membantu bagi kes-kes tertentu.
No comments:
Post a Comment