Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, August 7, 2010

CHUA SUI LEK MEMPERTAHANKAN TINDAKAN RAHIM TAMBY CHIK

Chua Sui Lek sudah bersuara berkaitan dengan Islam, Islam adalah agama pemusnah, agama yang merosak, agama yang mana penganutnya akan hidup dalam kemiskinan, tidak mengamalkan sikap progresif, tidak matang, daya fikir terkebelakang. "Kita perhatikan Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu. Kita timbulkan isu ini bagi membolehkan masyarakat Cina berfikir mengenainya,” katanya pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, hari ini. " apakah dengan memilih PAS rasuah akan dihapuskan? soal beliau lagi.

Di mana agaknya pelakon Video lucah ini belajar berkaitan dengan Agama Islam, siapa agaknya tenaga pengajar beliau, atau apakah selama ini UMNO yang menjadi parti gabongan mereka telah menerapkan fahaman berkaitan dengan Islam, adalah kemunduran, keterkebelakang dari semua aspek, atau apakah kepimpinan UMNO yang di dampingi oleh Chua tidak langsung mengenali Islam? atau apakah yang berlaku dengan video lakunan beliau melambangkan perbuatan yang diterima oleh UMNO?




Choo Sui Lek bersama dengan kepimpinan MCA Pusat di Kedah





Tapi kita dikejutkan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap pandangan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi gambaran bahawa negara-negara Islam sebagai tidak progresif dan mengamalkan rasuah sebagai mengarut.
Katanya, Chua sepantutnya mendidik dirinya dengan mendalami sejarah tamadun Islam yang mencerminkan kegemilangan yang tidak hanya terhad kepada empayar global malah di dalam pembangunan seni, pembelajaran, pengenalan angka, algebra dan astronomi.

"Negara Islam Muslim menderita sebagaimana dialami oleh India dan China dahulu. Hanya ketika India dan China bebas, merdeka serta tidak lagi didominasi kuasa imperialis, barulah kedua-dua negara ini dapat menunjukkan potensi dan mengambil tempat di persada dunia sebagai kuasa ekonomi," katanya ketika berucap di Persidangan Intergriti Antarabangsa di Pulau Pinang hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, ini dapat mengenali Islam dari dulu lagi, kalau kita ingat beliau sanggup ke penjara semata-mata mempertahan perbuatan Rahim Tamby Chik adalah salah, kerana melakukan perbuatan yang " tak senonoh " dengan seorang gadis Melayu. Tapi sejak berdamping dan menganggotai Pakatan Rakyat PAS, dan Keadilan pemahaman Keislamannya diteruskan dan sedia menjadikan contoh pengurusan pentadbiran kepada Umat Abdul Aziz sebagai model intergriti dan pemerintahan.

Tapi di mana Pemuda UMNO, Di mana menteri Melayu yang mendewa-dewakan Islam sebagai agama rasmi, mengapa mereka tidak bersuara untuk mempertahankan pengurusan dan pemerintahan Islam adalah yang terbaik.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA