Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, August 12, 2010

NAJIB ROSMAH LAWAN DSAI DSWA

Kalau kita fikir dan teliti apa yang ditulis oleh Hishamudin Rais Julai 19, 10 dalam Malaysia kini jelas terpapar pada kita bahawa DSAI adalah individu yang paling di " benci " dan di " geruni " oleh kepimpanan kerajaan Najib - Rosmah. Apa tidaknya dapatan Hisyamuddin jelas ada tiga faktor yang menghantuai mereka adalah di taja oleh DSAI itu sendiri dan yang perlu di ambil kira ialah bagaimana untuk mengusir DSAI dari arena politik tanah air.

Cuba kita lihat bagaimana usaha terancang dan kadang kala di tertawakan oleh masyarakat dunia cara dan tindakan kerajaan Najib-Rosmah yang ingin menamatkan karier politik DSAI, perancangan yang dibuat seperti " copy-right " yang telah dibuat oleh Dr M tempoh hari. Isu liwat contohnya lebih sudu dari kuah, para hakim dan pendakwa seperti " orang bodoh " juga seolah-olah mereka tidak layak di gelar hakim atau pendakwa, mereka sanggup di perkudakan oleh Najib-Rosmah. Apakah setiap perbicaraan dalam kes ini terutama pasokan pembela langsung tidak diberikan bahan bukti untuk dibincangkan, seperti contoh kertas pertuduhan, contoh laporan doktor semuanya tidak releven. Atau pasokan pendakwa memang merancang untuk menyumbat semua DSAI ke Sungai Buluh? seperti kata hakim Augustine Paul tempoh hari, semuanya " tidak releven "

Tapi bagi " team " Anwar apa yang berlaku pada 1998 telah menjadi pengajaran dan setiap tindak tanduk pendakwa telah diketahui dan akhirnya pada peringkat ini Shaiful tertangkap dengan keintimannya dengan Farah seorang dari tema pendakwah.

Keintiman parti dalam Gagasan Pakatan Rakyat pada masa ini sememangnya memberikan tambahan dan igauan kepada Rosmah Najib, malahan keintiman kaum Cina dengan PAS telah di cemburui oleh Presiden MCA itu sendiri, kononya negera Islam sama seperti negara barat yang lain, negera Islam tidak maju, negera Islam juga penoh dengan dosa dan noda. Apakah Chua Sui Lek tahu dan mendalami pengajaran Islam hingga beliau sanggup mengeluarkan kata-kata tersebut. Atau apakah Sui Lek. Untuk itu kerajaan Najib Rosmah perlu memikirkan caramana keintiman kaum Cina dengan PAS ini boleh di robek. PRU12 telah meninggalkan sakit kepala kepimpinan parti Cina.

Untuk itu bagaimana atau apa cara sekali pun, PAS perlu di tarik keluar dari Gagasan PR, PAS telah berjaya mempengaruhi masyarakat Cina dan India, mereka pada mula ada Kelab Penyokong dan kini martabat kelab penyokong telah dinaikan taraf ke Dewan Pehimpunan Penyokong dan para perwakilan mereka juga sudah boleh berhujjah di pentas-pentas ceramah dan terus memberikan perakuan untuk terus menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Kebijaksanaan kepimpinan negeri di bawah pimpinan PR seperti di Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan juga telah memberikan daya tarikan kepada pengundi di seluruh negara, bagaimana kepimpinan negeri ini dengan bijaksana dapat berjimat, dapat mengurus harta dengan baik, bagaimana mereka " merakyatkan ekonomi " untuk kepenting rakyat. DiSelangor contoh, kerajaan negeri dapat memberi air percuma pada 10meter padu pertama yang tak pernah belaku zaman pemerintahan BN.

Kesimpulannya, dapat di terjemahkan bahawa untuk lebih " selamat " kerajaan Najib Rosmah perlu memastikan tiga perkara berikut perlu dimain sekerap yang boleh dan kerjasama dengan pihak tertentu seperi PDRM, SPRM, perlu di pergiatkan lagi. Raut rupa DSAI perlu di tiadakan di Bumi Malaysia ini dapat dibuktikan dengan KDN akan menarik balik kewarganegaraan beliau.

1. Anwar Ibrahim mesti di ketepikan;
2. Parti PAS wajib dipisahkan dari Pakatan Rakyat; dan
3. Propaganda untuk menghuru-harakan Parti Keadilan Rakyat wajib diperbesarkan

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA