Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, August 11, 2010

PASAR RAMADHAN JUGA ADA BUKAN MELAYU BERNIAGA

Sejak setahun yang lepas pihak MDPT ( Majlis Daerah Perak Tengah ) dengan daya usaha dan bermatlamatkan untuk memajukan " Orang Melayu ", kerana " orang Melayu " adalah peniaga kecil-kecilan dan hanya boleh dan mampu berniaga di pasar malam dan pasar tani sahaja. Di Pekan Kg. Gajah, terletak di kawasan lapang berhampiran dengan stesyen bas di sediakan kawasan untuk tujuan tersebut dan Pasar Tani di buka pada hari Jumaat mulai jam 4 petang hinggalah ke jam 10 malam.

Pasar Tani keloaan FAMA dan MDPT ini mendapat sambutan yang menggalakan, masyarakat sekitar " melabor " pada tahan paling maksima. Tapi menjelang Ramadhan, pasar tani perlu di " rehatkan " untuk memberi laluan pula kepada " pasar Ramadhan "


Pelanggan memerhati dan membuat pilihan keperluan untuk membeli.


lagi pemandangan di kawasan jualan di pasar Ramadhan tersebut.

Lalu lintas menjadi " huru hara " kerana masih ramai pemandu mengikut kehendak sendiri dan terus menidakan undang-undang jalan raya di ada. Ini menyebabkan lalu lintas menjadi lebih teruk. Seperti bajir di Kuala Lumpur.


Pengguna " Pasar Ramadhan " dengan melakukan " window shopping " dahulu kemudian baru membuat keputusan untuk membeli. dengan hampir 100 unit kanopi dengan seeaan RM160 sebulan sudah tentu para pelanggan mengambil masa yang panjang untuk memilih dan membeli keparluan yang dihajatkan



Kampong Gajah adalah kawasan yang di " huni " oleh orang Melayu dan hampir 100% penduduk Kg. Gajah dan sekiranya adalah Melayu. Tapi pada masa Pasar Ramadhan ini bagaimana dan kenapa pihak MDPT dapat meluluskan gerai no 31 dan 32 ini penjual / peniaganya terdiri dari orang India dan kenapa pula agaknya orang-orang kita dapat dan bersetuju dengan barang jualan mereka? adakah ini konsep 1M. Dua gambar di atas adalah gerai mereka.

2 comments:

  1. 100 gerai, menjadi persoalan pula 2 gerai ni?

    "....bagaimana dan kenapa pihak MDPT dapat meluluskan gerai no 31 dan 32 ini penjual / peniaganya terdiri dari orang India dan kenapa pula agaknya orang-orang kita dapat dan bersetuju dengan barang jualan mereka? "

    bukan kah kenyataan seperti ini agak racist sedangkan sudah tentu mereka tu beragama islam juga~~~ ^^ haish~~~susah jadi orang india sekarang ni~

    ReplyDelete
  2. rasanya tidak salahnya memberi ruang kpd mereka berniaga.memang gm x mahu melayu maju bersaing dari segi perniagaan.kenyataan yg dibuat sebegitu menghasut perpaduan rakyat,jika puak2 dia ditatang pun sanggup walaupun tahu niatnya nak menjahanamkan melayu.jgnlah segala isu dijadikan modal politik menghasut rakyat..cubalah ulas perkara yg terjadi di Komtar Penang,mungkinkah gm akan komen drpd segi racistnya dia terhadap melayu penang.mungkin tidak kerana km nya LGE.ayatnya akan pusing balik tidak sebagaimana komen gm terhadap mdpt.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA