Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, August 13, 2010

BENDERA - DI MANA SILAPNYA INGATAN SESEORANG

Pihak kerajaan telah pun melancarkan hari bendera di peringkat nasional, dan dengan pelancaran tersebut sepanjang bulan Ogos dan berakhir pada 16 September, Negera kita Malaysia akan menyambut dan merayakan 2 peristiwa penting Hari Kemerdekaan dan Hari Penubuhan Negera Malaysia - tercantumnya Sabah dan Sarawak yang dikenali dengan nama Malaysia Timur. Kini Negara telah pun merdeka selama tahun, 2010 adalah tahun ke 53 Persekutuan Tanah Melayu Merdeka dan tahun ke 37 untuk Malaysia.



Cuba teka - apa catatnya kepada bendera terpapar?

Sepanjang tarikh tersebut semua kalangan masyarakat, di semua premis di semua kenderaan, di semua kementerian, jabatan, ( awam atau swasta ), sekolah-sekolah, rumah persendirian adalah digalaknya mengibarkan bendera Jalur Gemilang, tanda patriotik kita kepada negera yang di cintai.

Apakah tuan punya bangsal ini leka dengan kedudukan bendera tersebut?

Pada usia kemerdekaan tersebut Persekutuan Tanah Melayu pada 1957 ( kini 53 tahun ) dan Penubuhan Malaysia pada 1963 ( kini sudah 37 tahun ), kalau ianya seorang manusia, mereka sudah cukup matang dan sudah menjawat jawatan hebat, sudah boleh membaca, ( mungkin ada juga yang hidup segan mati tak mau ) sudah mengenali semua bendera di negeri-negeri di Malaysia dan boleh mentafsirkan pengisian yang ada pada bendera tersebut.

Apa pandangan dan dapatan kita, apabila memerhatikan gambar yang paparkan, apakah rakyat negara ini mengibarkan Jalur Gemilang atas rasa terpaksa dan tidak dapat menghayati keperluan dan semangat kitaan kepada negar suduh luntur? Dalam usia tersebut juga mereka pasti melihat dan memerhatikan bagaimana bendera-bendera tersebut di ikat, di gantung di pamer semuanya mengikutk keperluan dan keadaan yang sebenarnya. bagi seorang pelajar mereka akan menyanyikan lagu negeri dan negara dan bendera di naikan pada tiang yang sudah disediakan.

TAPI MENGAPA MASIH BOLEH JADI SEPERTI GAMBAR DI ATAS.?
DI MANA PATRIOTIKNYA MEREKA
LEBIH BAIK JANGAN PASANG, JIKA DI PASANG MELAMBANGKAN BETAPA SEOLAH-OLAH KITA MEMPEROLOK-OLOKKAN BENDERA DAN NEGERA SERTA NEGER.

1 comment:

  1. adat berjiran kena le tengok2kan .tuan tanah ini bersemangat patriotik cuma mungkin kesilapan itu tidak disedari.apalah salahnya tuan menegur ttg kealpaannya itu.ia lebih mulia drpd berkata2 mengambil kesempatan.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA