Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, August 26, 2010

NAJIB AKUR DENGAN LIM GUAN ENG

Bermula dengan tindakan " prihatin " Kerajaan Pulau Pinang untuk rakyatnya pemberian sumbangan RM400 untuk beraya kini menjadikan kerajaan Najib seolah-olah tertekan dengan tindakan Pulau Pinang. lantas yang demikian beliau juga turut mengumumkan 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumukan akan membayar bantuan khas kewangan sebanyak RM500


Ia akan dibuat sebelum 1 Syawal. "Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan. Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.


Benarkan pemberian tersebut atas dasar prihatin atau " terpaksa " untuk ambil hati rakyat terutama kakitangan kerajaan. Kenapa agaknya " bantuan " ini di luluskan selepas Pulau Pinang bertindak membayarkan kepada kakitangan peringkat negeri? Atau kepimpinan negara perlu di " gempur " untuk melakukan tindakan berkepentingan kepada rakyat.

Walaubagaimana pun, syabas kepada Najib, walaupun dalam keadaan terdesak masih mampu dan sanggup untuk memberikan " bantuan " tersebut. Cuma kenapa agaknya Kerajaan menggunakan perkataan " bantuan ". Kerana perkataan ini diguna pakai oleh kerajaan setelah negara merdeka, atau pun, Najib sememangnya masih " marah " kepada kakitangannya kerana " fobia " dengan keputusan PRU12 tempoh hari.


Kepada Cuepacs, teruskan perjuangan untuk memastikan ahli di bawah mendapat menafaat yang setimpal dengan tugasan yang diamanahkan dan seterusnya tidaklah memperjuangkan urusan " kewangan " saja. malahan kebajikan lain, seperti beban tugas, perumahan, kemudahan pengangkutan, program penjagaan anak. Juga mengadakan kursus untuk kepentingan semua pihak.

1 comment:

  1. udah le tu GM,ini le ropenya,jika diberi ada juga yg x kena,kalau xbagi lagi le dibantai.syukurlah kita kerana masih dapat bekerja d sektor awam.tiap2 bln ada imbuhan sampai siap ada pencen lagi.kita insaf le melihat kehidupan org lain yg lagi daif .Jgn le berkokok aje semua x betul,tapi bila dapat semua di telan.Macammana keadaan Persatuan.... masa GM pegang dulu,RM SAPA YG DI PINTA utk kepentingan persatuan @ peribadi..yg x tahu boleh le digoreng hingga rentung....

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA