Kini gadis " reformasi " anak suluh DSAI yang juga AP kawasan Lembah Pantai telah berjaya mengusik daya kepimpinan Pemimpin kanan Kerajaan, Menteri Pertahanan dan Menteri Hal Ehawal Dalam Negeri, tahniah atas kejayaan tersebut ini membuktikan daya kepimpinan generasi muda dalam PR - khususnya PKR menambakan kematangan dan sudah mampu untuk berhujah dan memberikan pandangan.
Cuma bezanya ialah, setiap pandangan dan tegoran tidak dapat di " liaht " oleh semua pihak, maklumkan semua media perdana, elektronik, cetakan semua memihak kepada kerajaan. jadi apa yang dapat di baca ialah bekaitan dengan pandangan kepimpinan negera sahaja. " Nurul Izzah Derhaka " kata muka depan Sinar Harian, tapi syukur pada masa ini Sinar Harian ada sikit kelonggaran untuk pembangkang dan juga memberikan laluan kepada Nurul Izzah untuk menjawab " siapa derhaka " siapa yang jual harta oran melayu, siapa yang melolong tapak lapangan terbang tentera di Sungai Besi.
Apakah setiap komen pemimpin yang di temu bual, mesti melaporkan perkara yang tak baik tapi di jadikan baik. Kalau di tanya berkaitan dengan isu PKFZ, apakah kita kata PKFZ tidak ada masalah dan lihat sahaja isu Scorpene bagaimana peguam Perancis sendiri hadir ke Malaysia untuk mendapatkan maklumat, jadi apakah perlu dilaporkan kehadiran peguam Perancis ( negera yang membekalkan scorpene ) beliau datang ke Malaysia untuk melancong dan tidak ada apa yang perlu di perkatakan berkaitan dengan isu penyelewangan tersebut.? Apakah dengan komen sedemikian ia melambangkan " patriotisme " seorang rakyat kepada negeranya?
Kini budaya " menyaman " sudah menjadi satu trend pula di kalangan masyarakat kita, silap saja saman, buat tak betul saman, keluar hujah berlainan dengan gaya hidup pemimpin saman. Tapi baiknya pula saman yang di utarakan oleh pihak penyaman ada antaranya tidak diambil tindakan, tapi pihak berkuasa pula jika saman ini memihak kepada pembangkang tindakan cukup cepat diambil oleh mereka dan ianya tidak bagitu untuk mereka.
Kabinet yang kanan seperti Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein Onn sepatutnya memberi tumpuan dan masa mengulas dasar negara yang penting seperti Model Ekonomi Baru, atau kekerapan insiden perkauman kebelakangan ini, ataupun mengapa begitu ramai peneroka FELDA membuat tuntutan Mahkamah terhadap FELDA.
Agaknya menteri kini sudah tidak tahu yang mana penting dan berkepentingan untuk semua pihak, apa yang perlu diberikan perhatian ialah bagaimana untuk mendapatkan " milage politik " sahaja.
No comments:
Post a Comment