Masa kini perpaduan untuk orang Melayu menjadi satu isu yang perlu di fikirkan oleh semua pihak, dengan jelas pola kemasyarakatan sudah tidak lagi memihak kepada masyarakat Melayu. Melayu kini cukup serius perpecahannya. Betul ke, orang Melayu yang kini sudah hampir sama bilangannya dengan bangsa lain sudah berpecah?
Apakah sumber perpecahan tersebut?
Fikirkan semula bagaimana peristiwa hitam 13 Mei 1969 boleh berlaku, apakah di sebabkan UMNO hampir hilang kuasa kerana diri sendiri yang jadi mangsa ialah rakyat. Detik hitam ini berlaku pada PRU4, tindakan yang diambil oleh kemimpinan masa itu ialah keujudan DEB, penyusunan semula masyarakat, tidak perlu ada lagi masyarakat bandar di monopoli oleh Kaum Cina sahaja, Orang Melayu di perkampongan dan India di kawasan ladang. Jurang ekonomi perlu di atasi antara ketiga-tiga kaum tersebut.
Kelekaan untuk memastikan semua rakyat di negara menikmati kemewahan sama rata telah di nafikan, kepimpinan dalam suasana " hebat " terus mengubah dan menambah dasar-dasar yang pada dasarnya baik tapi di salah gunakan untuk kepentingan diri sendiri - Dasar Pengswastaan contohnya - disinilah mereka mengujudkan " kroni ", disinilah sanak saudara diberikan kemudahan untuk berniaga seperti kata pepatah " lintah darat " mereka terus mengauk kekayaan negera.
Dari segi kepimpinan, para pemimpin terus hidup mewah, kehidupan mewah ini teserlah dari pucak pimpinan hinggalah pemimpin di akar umbi. Semua mereka meniru gaya hidup para pemimpin. Ahli Parlimen ada gayanya, Ahli Dewan Undang negeri ikut cara Ahli Parlimen, wakil perhubungan mereka mengikut juga cara ahli politik hatta sehinggakan kepada Ketua Kampong pun turut sama memperlihatkan keegoaan masing-masing.
Cara ini seperti " api dalam sekam " merebaknya api tidak kelihatan, rakyat memendam rasa atas perbuatan dan tindakan mereka. Cara kepimpinan terus menjadi pincang untuk meneruskan penguasaan. Perlembagaan Negera di nafikan penggunaannya, di ujudkan pula Rukun Negera - juga menerima nasib yang sama. Pemimpin bergaduh untuk mendapatkan kuasa, rakyat menjadi hamba untuk memilih mereka, rakyat di taburkan dengan " wang ringgit ", wang di tabur akhirnya para pemimpin meneruskan budaya hidup penoh dengan amalan rasuah di sana sini.
Rakyat terus di belenggu dengan sikap pemimpin di peringkat akar umbi, mereka menjalankan tugas dengan cara " pilih bulu " dengan menggunakan agensi Kerajaan seperti Kemas, cukup mudah teori ini dilaksanakan. Seperti agihan tanah, Wakil Perhubungan akan menentukan orang di sekelilingnya sahaja yang patut diberikan - kadang kalan perbuatan mereka tidak diketahui oleh Wakil Rakyat, yang jadi mangsa ialah wakil rakyat
Selepas PRU12, Perpaduan di canang semula, kenapa? mungkin apa yang belaku semasa 1969 telah kelihatan bibit-bibit kearah berlakunya sekali lagi peristiwa tersebut, atau mungkin PRU13 menidakkan UMNO / BN untuk terus berkuasa. Tapi perpaduan yang dicanangkan bukan untuk kebaikan rakyat ianya untuk kebaikan UMNO / BN semata-mata.
Kita lihat sahaja, perangai dan tingkah laku mereka yang " berkuasa ", YB, Wakil Perhubungan malahan Ketua Kampong, mereka meneruskan budaya yang dibenci oleh rakyat. Mereka masih memilih bulu dalam mengadihkan kekayaan negara. Kerajaan menidakkan hak kerajaan yang diterajui oleh parti pembangkang, Kerajaan pembangkang seolah-olah satu kerajaan yang haram. Wakil rakyat pembangkang seolah-olah tidak ujud dalam perlembagaan Negara.
Untuk itu adalah difikirkan " canang-canang " untuk perpaduan ini adalah satu " retorik " kepada mereka yang akan kehilangan kuasa insyaallah. Mulut melaungkan perpaduan, tapi tindakan terus menyerang dan menidakan hak musuh politik ( mereka rakyat Malaysia juga). Cuba lihat bagaimana mereka menggunakan media ( eletronik mau pun cetak ) semaksima mungkin menidakkan hak pembangkang. Aktiviti yang dibuat oleh pembangkang sama dengan pemerintah, tapi malang bagi pembangkang.
Kini rakyat telah dapat menilai siapa sebenarnya pemusnah kedaiaman, siapa penghalang perpaduan, siapa yang menyalahgunakan kuasa. Untuk itu perpaduan alah PR telah menampakan kebaikan dari perpaduan ala UMNO / BN.

No comments:
Post a Comment