Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, July 1, 2010

UPSR - DELIMA PENDIDIKAN SEMASA

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( ganti Falsafah Pendidikan Negera ) jelas dengan matlamatnya untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan sepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-intelek, rohani, emosi dan jasmni bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Khusus kepada mereka para pelajar di sekolah rendah sebagai asas pembentukan manusia.

Pendidikan juga adalah proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan, nilai murni dan kemahiran, ianya berlangsung secara berterusan dalam diri seseorang sejak kecil hingga ke ahkhir hayat seserang itu.

Jadi dengan itu, apa perlunya UPSR. UPSR hanya di laksanakan hanya pada akhir tahun ke 6 persekolahan setiap murid tersebut. Sedangkan usaha pembelajaran perlu dilaksanakan tanpa had dan sekatan. Setiap sekolah, guru dan kakitangan akan berusaha " bagai nak gila " pada tahun akhir ( tahun 6 ) setiap pelajar untuk memastikan pencapaian murid-murid di tahap yang paling maksima kecemerlangannya.

Kementerian juga kadang-kadang seperti tidak mempercayaai kekuatan yang ada pada UPSR itu sendiri, kerana tamat UPSR pihak sekolah di benarkan mencalunkan sejumlah 50% pelajar tahun 6 untuk mendudui " kertas penilaian " untuk menentukan kemampuan mereka ke asrama. Dah lah bagitu, ada kalangan institusi tertentu pula seperti MARA, akan mengadakan peperiksaan khas untuk ke MRSM, Mara juga tidak mengiktiraf kemampuan UPSR itu sendiri.

Bukan itu sahaja, ada juga kalangan sekolah aliran agama, mereka mengadakan ujian khas untuk kemasukan ke asrama, ujian kelolaan sekolah aliran agama pula memberikan penumpuan kepada kemampuan mereka menjawab dalam " ilmu pendidikan agama Islam ", kecelaruan berterusan dan yang jadi mangsa adalah murid-murid itu sendiri.

Bagaimana pula keadaan di sekolah di mana persediaan para pelajara yang akan menduduki peperiksaan ini, ada kalahnya sekolah untuk menjaga prestasi agar sentiasa cemerlang menidak dan menafikan sebilangan mata pelajaran elektif sebaliknya menumpukan sepenuh pengajaran dan pembelajarn kepada " exam subject " ini memberikan kesan seolah-olah subjek sepeti pendidikan seni, penjadi jasmani, pendidikan moral tidak penting dalam pembangunan seseorang individu itu.

Selain dari itu, pihak kementerian juga ikut sama dengan rentak sekolah dan berusaha untuk memastikan kecemerlangan tersebut di ujudkan pula SBT - skim baucer tuisyen dengan bayaran setiap pelajar pada kadar RM10 untuk subjek peperiksaan sebulan dengan kadar bilangan pelajar seramai 25 orang satu kelas. Apakah perjalanan kelas ini berkesan, siapa yang pantau, siapa yang urus, semua dipulangkan kepada pengurusan dan pentadbiran sekolah itu sendiri.

Kerana apa ini berlaku, kementerian juga sering " menghighlightkan " sekolah yang sentiasa cemerlang, sekolah yang mencapai 100% lulus, negeri dan daerah yang nombor satu dalam pencpaiannya. Kemelut ini menjadikan penilain mengatasi apa kehendak dalam Falsafah pendidikan Kebangsaan itu. Yang penting sekolah memastikan pencapaian kecermelangan dalam UPSR itu tercapai.

PKBS ( Penilaian Kemajuan Berasakan Sekolah ) ianya adalah satu elemen penilaian yang diadakan dalam KBSR, penilaian ini perlu diadakan cara berterusan, berkembangan seorang pelajar sentiasa diperhatikan. tapi malangnya PKBS ini di " tiadakan " kerana guru tidak mampu melaksanakan tugas atas sebab-sebab terlalu banyak " kerja perkeranian " yang perlu di atasi oleh mereke.

Kini Kementerian bercadang pula mengujudkan ASB ( assesment school base -penilaian berasaskan sekolah ) bukankah ianya sama dengan PKBS? Kemudian akan " memastikan " penglibatan pelajar dalam kokurikulum sebagai elemen penting, semua ini sudah pun dilaksanakan pada ketika ini. Untuk itu apakah ASB ini juga akan senasib dengan PKBS yang akan di " talqinkan " di pertengahan jalan nanti.

Akhirnya yang jadi mangsa dan ujian ialah para pelajar itu sendiri. Kenapa pihak kementerian sentiasa melakukan " eksperimen " dalam bidang pelajaran ini? atau apakah mereka menjadikan bidang ini juga sebahagian dari aliran politik sempit mereka?

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA