Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, July 2, 2010

MERENDAH DIRI BUKAN UNTUK DI PIJAK

Anwar mendakwa kini APCO telah diarahkan untuk mencari dan mendapatkan helah dan mengaitkan dirinya dengan beberapa perkara yang boleh diterima pakai oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Sudah pasti kalangan yang menentang beliau akan memutar belitkan ucapan agar pembaca dapat menerimanya, dan sudah pasti utusan dan berita harian akan menjadi lidah penyambung kepada tatapan rakyat.

Ini adalah ucapan DSAI di temuramah dengan Washintong Post
,
Beliau (Anwar) berkata beliau kesal menggunakan istilah "tindakan agresif Zionis", yang biasa digunakan oleh pemimpin bersuara lantang seperti Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. "Kenapa saya perlu menggunakannya jika sekiranya ia boleh mencetuskan banyak salah faham?" Beliau berkata, "saya perlu lebih berhati-hati."


Anatara kepimpinan UMNO yang turut mengkritik Anwar adalah TPM, Menteri Pertahanan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebydayaan selain sudah tentu " ayam tambatan " dari Pemuda UMNO sdr. KJ sendiri. Mereka mempertikaikan ayat yang berkaitan dengan " tidak mau " menggunakan perkataan agrsif Zionis. Rangkaian ayat ini di manupulate oleh kepimpinan UMNO yang mana Anwar seolah-olah bersubahat dengan orang Yahudi.

Bagi Anwar pula, penggunaan perkataan yang kesat seperti apa yang di luahkan oleh Presiden Iran akan mempertingkatkan salah faham antara Masyarakat Islam dengan Israel serta pemahaman masyarakat antara bangsa. Beliau mengaku untuk mengkritik kerajaan Zionis Israel pada ketika ini perlu berhati-hati serta ianya dapat mengelakan salah faham dan mengelakkan tuduhan anti-sematik sangat berluluasa ketika ini.

Apakah dengan merendah diri itu maknanya kita sudah kalah dan tunduk kepada tekanan dari pihak lawan? Apakah kita perlu dan sentiasa memberikan pandangan kepada pihak lawan dengan kata-kata yang " garang " dan penoh semangat? Tapi apa yang peliknya ada ungkapan tegoran kepada pihak Zionis langsung tidak mendapat dan dimuatkan dalam laporan tersebut.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA