Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, July 12, 2010

RAIS = KEMBALILAH KE PANGKALAN JALAN

Pada masa kini semua pihak dalam UMNO terutama kepimpinan tertinggi amat terasa tekanan untuk mengambil hati para pengundi sama ada pengundi baru mau pun pengundi yang sudah veteran dalam istilah pilihanraya pengudin di saluran 1, 2 dan sebilangan besar di saluran 3 ke atas sudah menunjukkan rasa tidak puas hati mereka kepada parti berlambangkan keris tersebut.

Tragedi ini dibuktikan dengan akhir-akhir ini, apa saja yang diambil tindakan oleh DSAI khususnya dan kepimpinan PR semuanya menjadi masalah kepada UMNO. LGE di Pulau Pinang telah telah menjadi bebanan kepada kepimpinan UMNO Pulau Pinang. Isu Syabas di Selangor, kepimpinan UMNO takut untuk pendedahan perjanjian antara kerajaan negeri ( dulunya oleh UMNO ) dengan kerajaan persekutuan. Walaupun mahkamah telah membenarkan tapi pihak UMNO merayu agar tujuan tersebut di batalkan. Rayuan diterima oleh mahkamah.

Isu behubung dengan keintiman DSAI dengan Yahudi di spekulasikan bagitu hebat, tapi kenapa isu APCO yang di dedahkan langsung tidak mendapat tempat di hati kepimpinan UMNO untuk menerangkan kedudukan sebenar, hinggakan DSAI di bawa ke jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, untuk tidak diteruskan mungkin DSAI akan di gantung keahlian di parlimen.

Banyak lagi isu yang didedahkan, Rais dan rakan-rakan UMNO langsung tidak ambil perhatian untuk penyelesaian tesebut, isu injin kapal terbang, isu judi bola, isu kapal selam, isu gadis Monggolia, isu rasuah oleh pemimpin UMNO semua telah didedahkan, di mana siastan yang terlaksana. Semua di simpan di bawah " red carpet " Malahan semua agensi yang berkaitan dengan tugasan tersebut berdiam diri, hilang entah kemana. Agensi seperti SPRM, PDRM, SPR tidak bertugas, malahan pihak kerajaan pula menggunakan semua akta untuk menyekat rakyat dari untuk mendapatkan maklumat sepeti Akta Mesin Cetak.

Siapa yang mengkhianat, siapa yang mengadu dumba rakyat terbanyak, apa yang ditulis oleh Utusan Malaysia, Berita Harian, Strait Times - akhbar-akhbar ini sudah hilang hala tuju dan bukan lagi penyebar maklumat tapi bertindak sebagai agen kepada kepimpinan tertentu.

Kalau bagitu tak salahlah Menteri penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi merayu agar ahli UMNO dan bekas ahli UMNO yang menyertai PKR, PAS kembali kepangkuan UMNO.

" kembali-lah semula kepada Bekas anggota Umno yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) diajak semula menganggotai Umno memandangkan tindak tanduk penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.Rais berkata bekas anggota Umno perlu memahami tindak tanduk Anwar yang juga ketua pembangkang yang dilihat ibarat "sesumpah pokok" yang mempunyai pendirian sering berubah mengikut kepentingan diri

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA