"Saya adalah generasi kedua dalam kelompok FELDA ( mungkin ada di FELCRA )dimana dari kecil sehingga besar saya menetap di FELDA ( juga FELCRA ). Bila terkenang semasa zaman dahulu memang menyedihkan.Pernah keluarga kami makan ubi kayu dengan gula. Kerana apa?
Dari kesusahan itulah saya belajar bersungguh-sungguh dan Alhamdulillah saya berjaya. Memang saya akui sekarang ini banyak perubahan yang berlaku di FELDA & FELCRA. Tetapi perlu diingat, pada masa kini banyak perubahan disebabkan anak-anak warga FELDA ( dan FELCRA ) semua dah besar belaka. Warga FELDA ( dan FELCRA ) majoritinya makan hasil anak-anak sahaja. Kalau nak diharapkan dengan duit sawit dengan getah juga ( padi ), alamatnya sama macam dahulu. Tanyalah anak-anak FELDA ( mau pun FELCRA ) suruh diorang tengok balik payslip ayah mereka, pasti mereka bersetuju dengan kenyataan saya.
Apa yang saya pertikaikan disini adalah dimana peranan FELDA ( dan FELCRA ) dalam menguruskan hal ehwal kebajikan kami? Kebanyakkan FELDA dan FELCRA terletak jauh di hulu-hulu dan nak keluar ke bandar adalah jauh. Masih banyak lagi kawasan-kawasan FELDA ( sama dengan FELCRA )( ada juga di FELCRA ) yang masih lagi jauh ketinggalan. Ada lagi yang masih mnggunakan air tadahan hujan untuk mendapatkan air. Perkara ini amat menyedihkan.
Sekarang ini hangat diperkatakan FELDA ( belum di perkatakan di FELCRA ) ( bbankrupt oleh suara keadilan. Pada saya kenyataan yang dikeluarkan adalah benar tetapi tajuknya agak keras. Saya bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan, akan tetapi tajuknya perlulah diubah sedikit agar tidak menimbulkan kemarahan orang.
Pada saya FELDA ( juga FELCRA ) tidak perlu diwakili oleh mana-mana ahli politik. Ini kerana sekiranya ahli politik memegangjawatan di felda ( atau FELCRA ) Maka akan berlakulah penyelewengan. Mengapa saya berkata demikian? Saya pernah memegang jawatan eksekutif FELDA ( ada juga agaknya cerita dari eksekutif dari FELCRA ) pada satu ketika dahulu. Kalau masa hendak pilihan raya mesti gaji kaki tangan FELDA akan dapat lewat. Pernah satu ketika dahulu pekerja dibawah saya mengamuk kerana gaji tidak masuk lagi. Masa itu pilihan raya kecil Pangkalan pasir akan diadakan. Gaji kakitangan FELDA / ( dan FELCRA ) tidak masuk lagi walaupun sudah masuk 7hb. Bayangkan kalau orang bukannya senang hendak keluar Bandar. Dari FELDA / FELCRA nak keluar ke Bandar sejauh 45km ( atau lebih ). Sampai di Bandar tengok gaji tidak masuk lagi. Hati siapa yang tidak panas. Mengapa perkara ini boleh terjadi.Perkara ini tidak pernah diutarakan kerana pihak FELDA / FELCRA akan mengugut untuk menyingkirkan ahli nya kalau ada berlaku penentangan. Cuba anda Tanya berapa gaji eksekutif baru yang berkhidmat dengan FELDA/FELCRA. Rata-rata gaji mereka jauh ketinggalan dengan kakitangan swasta yang lain. Kalau nak di ikutkan FELDA / mempunyai keluasa ladang yang lagi luas berbanding denggan Guthrie dan Sime darby. Akan tetapi keuntungan syarikat FELDA FELCRA( agaknya sama dengan FELCRA ) masih jauh kalau nak dibandingkan dengan mereka.Dimana silapnya? Seharusnya FELDA atau lagi hebat berbanding dengan yang lain. Atas dasar pentadbiran yang saya tidak puas hati saya mengambil langkah untuk meletak jawatan. Banyak perkara yang kurang menyenangkan telah menghantui sepanjang saya berkhidmat dengan FELDA / FELCRA. FELDA / FELCRA sepatutnya jauh kehadapan dari Sime Darby dan juga Guthrie. Kalau pentadbiran FELDA / FELCRA dilandasan yang betul, semua warga FELDA / FELCRA akan mendapat lebih dari yang ada sekarang.
Saya berharap agar satu hari nanti FELDA dan FELCRA akan diuruskan dengan jalan yang terbaik agar semua warga FELDA dan FELCRA akan mendapat manafaat yang banyak.
No comments:
Post a Comment