kini selepas menyertai alam ketenteraan selaku " private KJ " beliau dapat menimba ilmu ketenteraan dan cuba mendisiplinkan diri agar dapat menyelami kehidupan seorang tentera. Memang tidak dapat dinafikan di kem tentera tidak ada " politiking " tapi kalau kita amati, semasa mengundi, undi tenteralah yang menjadi penyelamat kepada parti pemerintah, lihat sahaja apa yang belaku di PRK Sibu tempoh hari. Kerana kegagalan memenopolisi undi pos BN kecundang.
"Tidak ada politik dalam tentera, dan jika saya dapat tarik pemimpin lain Pemuda, sama ada mereka dari BN, PKR, PAS atau DAP, atau mereka atas pagar untuk menyertai Askar Wataniah sebagai anggota simpanan, itu akan baik untuk negara," kata ahli parlimen yang 34 tahun itu.
Tapi apakah hanya dengan cara menyertai Askar Wataniah KJ dapat mempengaruhi generasi muda untuk menyertai UMNO ? atau apakah KJ tidak sendiri melihat apa yang dilakukan oleh Pemuda dan khasnya Pemimpin UMNO dalam memperjuangkan nasib rakyat. Mereka lebih mementing " kekayaan " dari memastikan rakyat hidup selesa. Kita lihat saja akhir-akhir ini bagaimana mereka menggunakan seluruh agensi kerajaan untuk kepenting agar kepimpinan mereka tidak di ganggu gugat.

Apa yang lebih penting KJ lihat bagaimana porak perandanya Felda kini, contohnya dengan rasa bertanggongjawab Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) En. Mazlan Salimin ( gambar atas ) mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana menteri Datuk Ahmad Maslan berdebat berhubung dakwaan kemerosotan rizab Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA). "Sekiranya beliau (Ahmad) menganggap fakta beliau betul, dan kita memfitnah, kita boleh debat di mana-mana," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini.
Cuba lihat pula dalam isu Judi Bolasepak Piala Dunia, di mana pendirian Pemuda UMNO, KJ seolah-olah tidak mempunyai pendirian dalam hal ini, tapi sebaliknya menunggu dan melihat apa yang di suarakan oleh badan-badan lain. Apabila NGOs dari berbagai bagai bangsa turun ke jalanan untuk memberikan reaksi tersebut Pemuda turut sama tapi tidak dapat sambutan kerana keikhlasan dari Pemuda adalah jelas kerana " politik " menjadi agenda utama mereka.
YB Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Isu terkini dari Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar hari ini bagaimana Kampong Baru di tengah-tengah KL akan dimajukan dengan kadar 60:40 untuk kepentingan Melayu. Semua pihak tidak bersetuju dengan idea ini tapi dimana KJ dengan Pemuda UMNO,tu kenapa mereka tidak bersuara menyatakan pendirian berkaitan dengan cara pemimpin untuk menghapuskan " hak " Melayu di bandar raya. Mengapa agaknya
Datuk Raja Nong Chik Raja
Zainal Abidin, menterinya beria-ia benar untuk pembangunan tersebut atau adakah hanya ini cara untuk mengaut keuntungan dan menggadai hak " melayu " yang hanya tinggal sekangkang kera itu?
Apa yang di buat oleh KJ dengan Pemuda UMNO dari sudut memastikan pengundi Melayu terus bertambah dan kini di sahkan bilangan generasi muda amat liat sekali untuk mendaftarkan diri untuk menjadi pemilih. Kenapa dan apa tindakan serta perancangan dari sama ada UMNO atau parti yang Melayu yang lain. Kajian menunjukan kini nisbah pendaftaran pengundi baru adalah dalam nisbah satu Melayu dan 40 bukan Melayu. Benar ke tak benar anggaplah ini ransangan untuk kita ( parti Melayu ) bergerak kearah menambahkan bilangan pemilih.

No comments:
Post a Comment