Isu kemasukan sejumlah 40 alima ulama menyertai UMNO kini menjadi bebanan bak kata pepatah UMNO kini " bak menggalas biawak hidup " kerana penyertaan sebilangan alim ulama ini banyak menyalah undang-undang yang termaktub dalam Perintah Am yang berkuat kuasa masa ini untuk kakitangan kerajaan. Perintah AM Bab D, jelas menyatakan mereka dari Kumpulan A tidak boleh aktiv dalam politik tapi apa dah jadi dengan penyertaan ini? Apakah mereka semua sudah dapat surat kebenaran serta berhak melanggar Perintah Am tersebut?
Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia, melaluai Presidennya, Mohd Idris Mohd Yusoff dalam satu kenyataan mendesak agar pihak UKM berintindak secara adil dan konsisten dalam mengangi masalah politik ini, apa bezanya antara 4 pelajar Sains Politik yang terlibat dengan PRK Hulu Selangor dengan penyertaan Sdr. Fadlan Mohd Othmad. Para pelajar ada AUKU dan bagaimana pula dengan pensyarah bukankah mereka ada Perintah Am yang perlu di taati, tambah beliau lagi. Nyatakanlah keadaan yang sebenarnya.
Penyertaan Alim Ulama ini juga ada kaitan dengan JI ( Jemaah Islamiah dan Wahabi ), sedangkan mereka adalah dari Persatuan Al-Islah Perlis, hadir adalah untuk bertemu dengan PM dan ingin memaklumkan kepada PM apakah benar mereka di tuduh bersama-sama dengan Jemaah Islamiah ini dan apa buktinya, tiba-tiba Datu Seri Shahidan memaklumkan mereka perlu mengisi dan menyerahkan borang unguk menyertai UMNO. Mereka terperangkap dengan mainan jijik Shahidan.
"Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas. Maklumat yang kita dapat bukan sampai 40 orang pun yang menyertai Umno," jelasnya dalam majlis ceramah di Markas Tarbiah PAS Padang Besar di Santan dekat sini malam tadi. Ustaz Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (MADI), salah sebuah sekolah kelolaan PAS Perlis.Harakahdaily net.
Ada juga kalangan pengikut ustas-ustas yang menyertai UMNO ini amat dukacita sekali kerana mereka akan melalui liku-liku tajam dalam berdakwah, ini kerana sudah ramai alim ulama yang veteran tapi semuanya gagal dalam penerapan kefahaman Islam sebalikan perkara mungkar diteuskan. Lihat sahaja bagaima bisunya sebilingan besar alim ulama dan termasuk menteri yang jaga Hal Ehwal Islam khusus berkaitan dengan Judi Bolasepak baru-baru ini. Apakah AlimUlama muda ini akan dapat melaksanakan tugas dengan semaksima mungkin untuk memastikan orang UMNO akan kembali ke jalan Allah. Kita doakan untuk mereka lebih maju dan berjaya.
No comments:
Post a Comment