Selepas hampir 2 tahun mentadbir Malaysia dengan kabinate yang penoh dengan pancaroba pada hari ini PM DSN merombak kabinate yang pertama kali dengan terus tidak mengiktiraf kepimpinan Pemuda dalam kabinatenya. Walau pun pada asalnya selepas pemilihan dulu Naib Ketuanya YB Razali Ibrahim diberikan kepercayaan untuk mengendali uruskan kementerian Belia dan sukan sebagai Timbalan Menteri tapi kali ini peranan beliau di tiadakan.
Pada mula ramai meramalkan rombakan kali ini akan melibatkan Sdr. KJ, tam- bahan beliau baru sahaja tamat dalam latihan ketenteraan, sudah pasti pengala- man ketenteraan akan di guna pakai semasa mentadbir sesebuah kementerian nanti. Tapi malang, nama beliau masih belum cukup ceria untuk bersama-sama dengan Najib. Mungkin agaknya kegagalan Angkatan Muda dalam UMNO untuk memastikan bertambahan undi di salaruan 4,5,6 semasa setiap PRK yang diadakan sejak 2008 tidak memberikan sokongan kepada KJ. Saluran 4,5,6 adalah pengundi dari gulongan yang seangkatan dengan KJ.
Ketua melepas, Naib Ketua disingkirkan. Itulah yang berlaku kepada Pemuda Umno apabila Ketuanya Khairy Jamaluddin sekali lagi diketepikan dari menjadi ahli kabinet malah Naibnya Razali Ibrahim juga disingkirkan apabila digugurkan dari jawatannya sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Apalah malangnya nasib pemuda Umno apabila pimpinannya tidak diiktiraf oleh Presiden Umno, Najib Tun Razak. Kalau sebelum zaman Khairy, Ketua Pemuda Umno sudah pasti menjadi Menteri Besar, menteri atau sekurang-kurangnya Timbalan Menteri.
Rombakan yang melibatkan ramai kalangan " senator " ini juga menjadi kritikan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perlantikan ramai senator ini juga memberikan kesan ketidak cekapan ahli parlimen yang telah memenangi kawasan masing-masing serta tidak mengiktirap atau ahli parlimen yang menang memang tidak layak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri. Dengan tidak melantik dari kalangan muda ini membuktikan Umno tidak mengiktiraf orang muda dan pimpinan pemuda, mungkin kerana Khairy dan Razali gagal menarik sokongan pemuda akhirnya Najib singkirkan mereka
Kita perhatikan juga kepimpinan Pemuda negeri-negeri juga tidak sekata dalam isu ini, ada kulongan yang sedih, ada yang gembira dan sudah pasti ada dari yang tidak ambil peduli langsong. Sdr. Azman Ruslan dari Sabah merasakan cukup kecewa dengan tidak melantikan KJ dalam kabinate DSN, Kelantan pula akur dengan kehendak DSN, ketuanya Anuar Safian menghormati keputusan tersebut. Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan pula berkata "ia tidak menjadi masalah" jika Khairy tidak dapat memegang apa-apa jawatan dalam kabinet kerana perjuangan Pemuda adalah untuk parti. Rakan sejawatannya dari Kedah, Badrul Hisham Hashim turut bersependapat dengan rakan seangkatannya itu dan akur dengan keputusan Najib dalam memilih anggota kabinetnya yang baru.
Ini melambangkan KJ akan menghadapi laluan sukar untuk mempertahankan Jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan akan datang. Apa yang pasti Pemuda kini sudah mula menampakan retak untuk menanti pecahnya.

No comments:
Post a Comment