" Dalam KBSR memang telah menetapkan bilangan murid cuma 25 orang sahaja. Tapi ianya seolah-olah tidak dipedulikan oleh pihak KPMDasar dan klasifikasi sekolah sering ditukar, adanya sekolah wawasan, sekolah premire, sekolah kluster, sekolah berprestasi tinggi, di ujudkan pula Pra sekolah, kini ada pula sekolah Program Permata Pintar. Dari kurikulum Lama Sekolah Rendah ( KLSR ) di usahakan ke Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ), untuk sekolah menengah KBSM. Kemudian B untuk " Baru di gantikan dengan Bersepadu. Dasar diubah tapi bilangan murid masih seperti lama juga, sampai 50 orang setiap kelas.
Kalau kita perhatikan bagaimana pihak KPM boleh menadakan sebuah kelas yang bagitu "hebat" untuk Pra Sekolah. di mana setiap kelas hanya 25 orang murid, kelas di sediakan dengan pengasoh, bilik air khas untuk lelaki dan perempuan, juga di sediakankan dengan tukang masak dan makanan bernilai Rm1.80 sehari. dan program ini tidak dapat dipanjangkan ke murid-murid di darjah 1, sedang murid-murid Pra ini akan bersekolah di sekolah yang sama. sudah pasti gaya pembelajaran dan keistemewaandi Pra sekolah boleh menggangui pembelajaran semasa mereka di kelas perdana.
Untuk itu adalah disarankan agar pihak berwajib selain dari kesatuan dan persatuan di Kementerian Pelajaran dapat memainkan peranan yang bersungguh untuk memastikan tahap pembelajaran di negara ini boleh dibanggakan. Janganlah kita melaksanakan program berdasarkan " try and error " yang jadi mangsa adalah para pelajar. Kepada pemimpin masyarakat khususnya mereka di bangunan parlimen yang menggubal dasar perhatikan masalah tersebut.
Adalah disarankan perkara berikut dapat diberikan perhatian oleh pihak yang berwajib, seperti kesempurnaan bangunan dan bilik kelas. Masih terdapat projek pembangunan yang terbengkalai sehingga tarikh siapnya mengambil masa hingga bertahun-tahun. Perancangan untuk menambahan bangunan mestilah mengikut rasional setempat bukan mengikut kepentingan kontraktor semata-mata.
Selain dari masalah ruang pembelajaran juga KPM harus membeikan perhatian kepada jumlah bilangan dan agihan guru mengikut mata pelajaran yang diperlukan. Faktor ini yang sudah pasti menjadi mangsa ialah sekolah di luar bandar.
No comments:
Post a Comment