Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, June 5, 2010

GEMPAR - KAMPONG GAJAH DI KUNJUNGI ADUN PR


Ramesra adalah " kapal terbang " yang digunakan oleh ADUN Pakatan Rakyat sebagai pengangkutan ekspedisi ke 2 mereka untuk bertemu dan beramah mesra dengan rakyat. Ekspedisi kedua ini bermula dari Manong di Kuala Kangsar ke Bruas, Ke Parit, Ke Pasir Salak, Ke Hilir Perak, Ke Teluk Intan, ke Bagan Datoh dan akhirnya ke Lumut. Seramai 15 orang ADUN PR turut serta dan rombongan di ketuai oleh YAB Dato Seri Nizar Jamaluddin.


Gambar sebelah YAB Niza, YB Nga, YBh. Ahmad Awang dan YBG Uzt. Mustafa sering mendengar ucapan dari YAB Niza, YAB Niza sempat memberikan kata-kata semengat kepada hadiran agar dapat memastikan pemerintahan " kuku besi " UMNO / BN selama 52 tahun dapat di tamatkan menjelang PRU13 nanti. Rakyat sudah cukup sengsara, harga barangan, ketirisan, penyalahgunaan kuasa semuanya memberikan impak kepada keberkesanan pengurusan dan pentadbiran negera. YB Nga pula memaklumkan pada masa kini semua pihak antara Melayu dan Cina sudah mula saling faham memahani antara satu sama lain. Islam bukan lagi penghalang untuk mereka bekerjasama.

YB Anuar Sudin bersama dengan tetamu yang hadir


Ybhg. Ahmad Awang, turut sama menyampaikan " hamber " kepada penduduk kampong sekitar Kampong Gajah, dan seramai 50 orang keluarga miskin yang telah dikenal pasti menerima sumbangan tersebut, ini adalah daya usaha Pas kawasan



YAB Niza, Ybhg Ahmad Awan dan YB Zainuddin sedang menjamu selera

Sebagaimana biasa, pihak polis sentiasa memberikan khidmat terbaik untuk memasti semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan sebaik yang mungkin, ucapan sekalungan tahniah dan terima kasih kepada anggota keselamatan yang hadir walau pun mereka tidak dijemput oleh pihak urusetia. Tapi atas dasar memastikan keselamatan di tahap paling maksima mereka hadir
sama
untuk bertugas. Tahniah.




Sebahagian dari rakyat yang turut hadir.



Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat meninggalkan majlis dengan diringan oleh rakyat, dan rakyat telah dapat satu suntikan baru untuk memastikan PRU 13 nanti menjadi realiti kehancuran UMNO / BN. Mereka menuju ke Langkap.


1 comment:


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA