YB Mahfuz dalam UTiub - Harakah Daily telah melaporkan, Malaysia memang ada hubungan dengan Isreal dalam hubungan dagang. Ini di sahkan oleh akhbar perdana milik kerajaan Utusan Malaysia keluaran 9 Jun 2010 yang lalu ( laporan Zaini Hassan ). Kapal Zim USA yang didaftarkan di Israel ini kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang pada 20 Mei. Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel. Statusnya lebih kurang macam MISC, syarikat perkapalan nasional kita.
Kelmarin (7 Jun kapalnya bernama Zim Genova) berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo-kargo yang besar. Secara puratanya kapal itu panjangnya kira-kira 253 meter, lebar 32 meter dan boleh membawa muatan sebanyak 4,000 Teu atau bersamaan 4,000 buah kontena 20 kaki. Ia berlayar keluar dari pelabuhan itu kira-kira pukul 7 pagi semalam (8 Jun). Selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain). ( petikan dari Harakahdaily )
Mahfuz memaklumkan dalam tiub, memang telah ujud satu mesyuarat kabinate zaman Tun Mahathir pada 20 Mac 1996 untuk mengadakan hubungan dagangan dua negara ini sedara sulit, semasa zaman ini DS Najib adalah anggota kabinte yang sudah pasti mengetahui kedudukan apa yang berlaku.
Kini timbul beberapa persoalan, apakah enarkah kapal Israel dibenarkan memasuki ke pelabuhan kita dan melakukan perdagangan dengan negara ini secara terus? Benarkah itu berlaku? Apakan kerajaan sedar ia berlaku? Bolehkah pula kapal MISC kita memasuki Pelabuhan Haifa di Israel?
Demonstrasi sana-sini. Minta diboikot itu dan ini, barangan yang dikeluarkan oleh Yahudi dan yang diasaskan dari Israel. Lepas sebulan serangan ke atas Gaza tamat, pemikiran kita mula lembam, enam bulan selepas itu sedikit demi sedikit mula lupa dan selepas setahun terus lupa. Islam dan orang Melayu kita ini.
Untuk itu apakah muslihat, kepimpinan negara pada hari-hari yang lepas memberikan satu usul di Parlimen mengutuk tindakan Zionis Israel terhadap tindakan mereka menyerang " kapal damai " yang membawa barang keperluan untuk penduduk Palastine? Apa yang jelas memang benar kepimpinan negera tidak bercakap benar dalam isu inil. Dan apakah pula pulangan dari memberikan kebenaran kepada kapal Israel berlaboh di Kelang dan pulangannya pula MISC dapat belabuh bi Haifa?
Kepimpinan UMNO / BN akan melakukan apa saja untuk kepentingan peribadi mereka. Malaysia akan musnah jika puak ini akan terus memerintah negera. Dengan adanya perhubungan 2 hala sahaja yang membenarkan urus niaga di laksanakan, jadi kesimpulannya, memang ada hubungan antara Kuala Lumpur dengan Tel Aviv.
.
No comments:
Post a Comment