Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, June 11, 2010

UMNO / BN KIAN NAZAK

Sebagai seorang Menteri kanan dan TPM pula serta bertugas sebagai menteri di Kementerian Pelajaran, sepatutnya sikap dan baik perangai perlu ada pada beliau kerana beliau memimpina satu kementerian di mana pertanggongjawaban adalah untuk membina masyarakat, pembinaan yang memastikan lahirnya masyarat yang berlandaskan Falsafah Pendidikan kebangsaan. Mereka dilahirkan berdasarkan JERI ( pembentukan Jasad, Emosi, Rohani dan Intelektual )

Tapi dengan keanggohan seorang menteri ini dapat menzahirkan hasrat dan cita-cita yang terkandung dalam FPK tersebut untu masa akan datang? kalau kita imbas kembali kata-kata beliau semasa di temu bual dengan sidang akhbar sele
pas Majlis Pelancaran Festival Perayaan Hari Guru 2010 di Kuantan Pahang tempoh hari. Beliau menyifat PKR itu bukan Parti Keadilan Rakyat tapi ditukarkan kepada Parti Kian Runtuh. Beliau dengan angkoh dan sombong menyatakan demikian dalam mana keadaan sosial masyarakat sekolah terumbang ambing dengan masalah sosial, di mana terdapat pelajar bersalin dalam tandas, salah laku pelajar dengan sikap samsing, salah guna dadah pelajar buang bayi, guru tidak menjalankan tugas dengan sempurna, peruntukan pembangunan sekolah tersekat, agihan dan taburan guru tidak menentu dan entah apa lagi masalah yang sedang dihadapi oleh Kementerian di bawah pimpinannya.
Apakah indikator yang menyebabkan TPM menyatakan semikian rupa kepada PKR?


Apakah dengan tindakan beberapa MP dari PKR yang meninggalkan PKR sebagai indikator keruntuhan parti tersebut? Cuba Muyhiddin buat kajian bagaimana mereka ini boleh " melompat " sebab apa pelakuan demikian terjadi? Apakah tidak ada " mainan " yang terselindung atas lompatan mereka.

Sebagai contoh YB ( Haram ) Zahrain bin Mohd. Hashim dari Bayan Baru telah ditemplak oleh KM Pulau Pinang dengan permohonan projeknya, apabila gagal untuk mendapatakan projek dan ada pula kalangan yang " bersetuju " unuk mengatasinya masa sudah tentu YB ini melompat demi " survival " masa depan keluarga.


Tapi sungguh malang bagi Muhyiddin, dengan sindiran tersebut telah memberikan satu tamparan hebat kerana selepas temu bual tersebut sedang pemilih di Sibu sedang membuat keputusan untuk memilih wakil mereka.Kata-kata menghina Munyiddin itu telah membuatkan pengundi bersimpati kepada PKR dan akhirnya mereka memilih DAP iaitu satu gabungan utuh dalam Pakatan Rakyat. Maknya, kehinaan di balasa dengan kehinaan juga. Inilah padahnya bila bercakap sombong dan bongkak, seolah-olah mereka terlalu kuat untuk dikalahkan. Maka itu, jika Muhyiddin menggelar PKR "Parti Kian Runtuh" maka BN pula kini layak digelar "Barisan Nazak". Maknanya, BN itu sudah menghampiri keruntukah secara total,

Untuk itu sebelum " ajal " mendatang adalah lebih baik digunakan sisa-sisa masa perintahan ini dengan memberikan perkhidmatan terbaik untuk pembangunan modal insan, Kementerian Pelajaran adalah agen utama dalam sesebuah negera untuk melahirkan generasi mendatang dengan penoh tatasusila, bukannya melahirkan masyarakat yang serba " korup ", melahirkan pemimpin yang sering salah guna kuasa, pemimpin yang tidak mesra rakyat.

Lihat balik, sebagai TPM, Muhyiddin juga Timbalan presiden UMNO, lihat saja mainan politik kotor UMNO dalam kes Perak, bagaimana dengan kes di Kedah sah dan nyata perlu diadakan PRK tapi UMNO takut untuk menghadapi rakyat. Terus menyalah gunkan badan kehakiman untuk terus membantu UMNO. UMNO telah menggunakan talian hayat kesumuanya. Kini hanya menunggu untuk di kapankan sahaja. UMNO / BN kian Nazak.



Ini semua salah UMNO..rosak muda-mudi kerana 'kegilaan' UMNO untuk kekal berkuasa, sedangka mereka langsung tidak penuhi ciri pemimpin yang bermoral..jom semua kita selamatkan generasi masa hadapan, kita tumbangkan BN dalam PRU 13 akan datang.

FIKIRANKAN WAHAI MUHYIDDIN - MASA DEPAN GENERASI MELAYU DI TANGAN UMNO.









No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA