Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, June 10, 2010

MUKTAMAR KE 56 - PAS MELANGKAH LEBIH BERGAYA

Tahniah, PAS dengan langkah bergaya dan penoh rasa pertanggongjawaban melangkah ke Muktamar ke 56 pada tahun ini 2010. Kejayaan cemerlang dengan dapat mentadbir Negeri Cik Siti Wan Kembang dengan jolokan Negeri Serambi Mekah, langsung tidak tergugat oleh UMNO / BN, dengan kepimpinan TGNA, UMNO BN terus berputih mata untuk merebut kembali Negeri Kelantan. Muktamar kali ini akan berlangsung bermula dengan persidangan Ulama, Pemuda dan Muslimat dilaksanakan secara serentak dan di rasmikan oleh Menteri Besar Kelantan dan juga Murshidul Am Pas Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Dengan langkah yang penoh yakin TGNA melangkah ke dewan perhimpunan untuk berucap di majlis perasmian muktamar ketiga-tiga sayap ( Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat ) secara serentak dan perwakilan bukan sahaja mewakili negeri tapi mewakili kawasan dan akan ada perwakilan dari dewan himpunan penyokong PAS.

Di majlis perasmian itu juga, TGNA telah menyampaikan anugerah kepada Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Syukri menerima anugerah tokoh pemuda manakala Ustazah Jamilah Ibrahim, bekas Ketua Muslimat menerima anugerah tokoh muslimat manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz menerima anugerah emas.

Muktamar penuh ketiga-tiga dewan akan diadakan di tempat berasingan. Dewan Ulamak di Markas Dewan Ulamak PAS Kelantan (Madu) di Labok, Machang.Dewan Muslimat di Perdana Resort dan Dewan Pemuda di Kelantan Trade Centre. Muktamar penuh akan diadakan di Putik mulai Jumaat

Muktamar Tahunan PAS ke-56 akan berlangsung pada 10 hingga 13 Jun ini.

TGNA berucap di dewan Putik ( gambar )

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA