Isu judi terus menghantui rakyat ketika ini, perbalahan terus menjadi-jadi antara pihak kerajaan dan pihak pembangkang. Pembangkang dengan peranannya sentiasa untuk membangkang dan kerajaan pula memang sudah termaklum bahawa judi itu haram di sisi agama Islam tapi untuk kepentingan tertentu terus mencari helah untuk menghalalkan.
Lantas yang demikian, beberapa orang menteri kabinate terus memberikan sokongan untuk judi di halalkan di Malaysia ini. Dulu AP Kota Belud terang-terangan mengiakan bahawa adalah lebih baik judi itu dihalalkan kerana kalau tidak sudah pasti akan adanya judi " haram ", ini serupa juga dengan adanya kisah nombor ekor, walaupun sudah ada yang diberikan kebenaran dan di " halalkan " masih ada kalangn peminat yang menggunakan khidmat nombor ekor haram ( ekor haram ini banyak dan berleluasan di kawasan perkampongan )
Jangan bising di luar, bantu kerajaan buat keputusan mengenai lesen pertaruhan Piala Dunia, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada kerajaan negeri yang ditadbir pakatan rakyat. Hishamuddin dengan penoh yakin mempelawa kerajaan di negeri perintah PR untuk memberikan kerjasama bagaimana cara terbaik untuk memastikan Judi di dapat dihalalkan.
Agaknya Hisyamuddin tidak faham dengan hukum dan tidak tau bahawa semua kerajaan negeri PR tidak berminat dengan pengelolaan judi tersebut. Semua negeri-negeri PR telah mengarahkan PBT tidak mengeluarkan lesen perjudian tersebut di semua premis yang ada. Kerajaan PR tetap dengan hukum haram tetap haram, malahan Ketua Menteri Pulau Pinan yang tidak mengetahui agama Islam pun turut membantah Judi tajaan PM Najib tersebut. Dengan itu tidakkah meresa malu untuk Hisyamuddin.Tambah beliau lagi, " adalah lebih baik jika pimpinan kerajaan negeri ( PR ) bekerjasama dengan kerajaan mencari jalan berhubung perkara itu daripada terus mempolitikkan isu lesen judi Ascort Sport Sdn Bhd ". Dunia sudah terbalik. Hisyamuddin perlu bertaubat dan berdoa untuk kembali ke jalan yang benar. Jangan perjudikan masa depan negera, anak bangsa demi kepentingan politik semasa.
DSN terperangkap lagi, kini satu pendedahan oleh Tony Pua AP Petaling Jaya Utara, dimana pihak Berjaya Corporation Bhd di mana mereka mengesahkan pihak Kem. Kewangan telah memberikan kelulusan berhubungan pemberiaan lesen kepada Ascot dan ini terdapat pada notis di Bursa Malaysia pada 12Mei yang lalu.
Dengan pendedahan Tony Pua serta pengesahandari Bursa Malaysia siapakan yang tidak bercakap benar?
No comments:
Post a Comment