Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, June 7, 2010

RASUAH MEMANG AMALAN HIDUP DI MALAYSIA

Negara yang kini terkenal dengan sistem rasuah dan salah guna kuasa telah menular ke kakitangan perkhidmatan awam. Melihat pada jumlahnya memang membimbangkan.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman ( gambar ) memberitahu sepanjang tahun lalu seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah.

Penglibatan mereka bak kata pepatah " bapa borek anak rintik " dan saranan kesatuan ini seperti kata pepatah juga " seperti ketam nak ajar berjalan betul ".

Kalau kita perhatikan perbuatan terkutuk ini lahir dan diamalkan oleh kepimpinan tertinggi negera, orang politik telah memberi tunjuk ajar kepada semua rakyat bahawa rasuah itu satu keperluan bagi mereka. Apa yang terjadi semasa Anuar Musa menjadi salah seorang anggota kabinate tempoh hari. Siapa yang untung dan siapa pula yang di tangkap? Isu kerugian Sime Darby, siapa yang yang diarah meletakkan jawatan atas kerugian berbilion untuk menampong projek Bakun, pegawai dah bagi tahu projek ini merugikan tapi siapa yang bersungguh-sungguh hendak juga dilaksanakan? Isu Felcra siapa yang melenting jika CEO memberi pandangan projek yang dicadangkan oleh Pengerusi akan menemui kegagalan, tapi Pengerusi dengan kuasa politik dan mementingkan imbuhan memaksa juga agar projek tersebut dilaksanakan. Jadi budaya kerjabuat ini telah mengajar kakitangan perkhidmat awam untuk berfikir dan " cuba " sama-sama untuk mendapatkan faedah daripada pengaliran kewangan tersebut.

Memang ada kebenaran apa yang dirisaui oleh Sdr. Presiden tersebut. Kita tidak menafikan dan tidak pula merestui tindakan mereka ini, tapi penambahbaikan dalam pengurusan pentadbiran perlu di baik dari cara mana pemimpin itu berkerja. Kita lihat sahaja kakitangan awam yang melibatkan diri dengan politik khususnya politik pemerintah, mereka sering dan acap kali menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi. Kerana apa, kerana mereka adalah orang politik yang diperlukan oleh pemimpin, jadi mereka boleh buat apa saja yang difikirkan sesuaia.

Untuk itu Ceupecs juga perlu memainkan peranan dan menegaskan Pegawai Perkhidmatan Awam tidak boleh berpolitik sama ada untuk pemerintah mau pun untuk pembangkang, tapi apa yang berlaku kerajaan atau ketua jabatan hanya bertindak kepada mereka yang terlibat dengan pembangkang dan memberi laluan mudah kepada mereka yang terlibat dengan politik kerajaan.

Bagi menangani masalah tersebut, Cuepacs akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mereka yang terbabit dengan aktiviti rasuah diambil tindakan dan diheret kemuka pengadilan, katanya. Kalau terdaya Cuepacs juga boleh menasihatkan suruhanjaya ini tidak mengamalkan sistem pilih kasih dalam siasatan, kerana cara ini juga memberikan kredit kepada mereka yang sedang bertaut dengan orang atau pemimpin tertentu agar kesalahan tidak di dakwa,

Atas dasar akan menyumbang kepada Better Malaysia Foundation. Tokoh ini ( gambar ) akan diberikan lesen juga menjalankan aktiviti judi di negara ini. Tokoh Korprat Vincent Tan dengan bangga dan sanggup mengeluarkan kata-kata tersebut di sebuah negera yang meletakan Islam sesbagai agama rasminya.

Apakah ada rasuah dalam hal ini ? Sejumlah RM525 juta akan didermakan melalui tabung yang dinyatakan di atas.






No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA