Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, June 8, 2010

1M - HANYA 10% KEJAYAANNYA.

Kini Gagasan 1Malaysia telah menjadi topik dan perbincangan secara terperinci oleh semua pihak, selain pihak pembangkang, ada kalangan cendikiawan dan ahli profesional yang mendakwa bahawa gagasan ini gagal untuk mencapai kejayaan sebagaimana di rancang.

Bagi Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim, kini bertugas di jabatan sejarah UM, mendakwa dengan meninggalkan Mata Pelajaran Sejarah khusus di peringkat rendah memastikan remaja akan lupa bagaimana ujudnya negara ini, bagaimana sejarah keujudan Malaysia dari Persekutuan Tanah Melayu, dan sebelumnya zaman negera di jajah semua dilupakan sahaja oleh Gagasan ini. Negera yang pernah di jajah hampir 500 tahun kemudian di ganggu oleh kominis dan bagaimana permuafakatan terjalin antara 3 bangsa, Melayu, Cina dan India untuk proses kemerdekaan tanah air. Mungkin juga pelajara kini lupa tarikh bila Malaysia di bentuk dan bagaimana Singapura boleh memerdekakan negera nya.

Bagi Khoo, pihak pemerintah lebih memetingkan kuasa politik perkauman daripada kuasa negera bangsa. Peranan yang dimainkan sejak merdeka hingga kini tidak berubah dari memberikan tumpuan meletakan kekuatan sesuatu bangsa atau kaum. Mereka tidak berusaha untuk mewujudkan bangsa Malaysia. - laporan di Kabar terbitan 7 - 21 Jun.

Rasa prajudis antara kaum masih menebal dan ianya ditambah dengan kegiatan politik yang mengarah kepada kepentingan satu kaum sahaja. Ianya di tambahkan dengan adanya kegiatan dari NGO yang terangan anti kepada kaum lain, seperti Perkasa. Kemudian kita lihat pula peranan yang dimainkan oleh kementerian Belia dan Sukan, hampir semua badan sukarela di bawah kementerian ini menjurus kepada kepentingan bangsa. Lihat saja Pergerkan belia 4B, semua Melayu, bagitu juga dengan Gerakan Belia Bersatu ianya dianggotai oleh semua bangsa Cina. Ini menunjukan dengan jelas sealiran tidak ujud di pembentukan Gagasan 1Malaysia ilham PM.

Dalam pembentukan sesebuah negera, sistem pendidikan memainkan peranan yang penting, melalui sistem pendidikan yang " mesra " rakyat sudah tentu dapat dan berjaya membentuk masyarakat majmuk dalam negera ini. Berbagai-bagai dasar termasuklah Dasar Perpaduan negera, tapi dasar tetap dasar dan sikap pemimpin tetap cara mereka di mana mereka lebih mementingkan kejayaan politik dari segala-galanya. Dengan mengaplikan " dasar perkauman" pemimpin mudah untuk menang dan terus berjaya memerintah.

Kesimpulan dalam kecapaian Gagasan 1Malaysia ini perlu adanya perubahan secara total di semua peringkat, dasar pelajaran. perlu kembali ke aras membentuk nilai murni dan berteraskan adat, budaya dan sejarah bangsa, sikap pemimpin serta kesudian semua kaum untuk memastikan gagasan ini untuk berjaya. Pemimpin politik perlu mengelakan diri dari bermain dengan api perkauman serta kembali kepada politik berteraskan keadilan, ketelusan dan keikhlasan.

Teras pembangunan sesebuah negera terletak kepada pembangunan modal insan, serta pembentukan nilai moral dan budaya kaum yang bermastautin di sesebuah negera.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA