Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, May 4, 2010

UBAH SIKAP UNTUK PIKAT PENGUNDI



Jelas kini, pergaulan di tahap maksima diperlukan antara kaum di negera ini, apa tidaknya mungkin dengan cara ini masing-masing dapat memahami cita-cita dan hasrat masing serta dapat mengetahuan arah tuju bangsa yang menjadi rakyat di Malaysia. Tapi keinginan dan kesedaran yang diluahkan oleh PM hanya untuk memancing undi, bukan untuk memastikan taat setia dan keakraban sebagai rakyat. Kalau untuk memancing undi setaka berkawan dan berkunjung meraikan majlis yang dianjurkan oleh kaum lain ianya tidak akan memberikan apa-apa menafaat.

Menurut Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo,
arahan itu dibuat oleh Najib ketika pemukiman parti berkenaan di Janda Baik, Pahang, baru-baru ini. “Dulu, pemimpin Melayu akan hanya pergi ke majlis orang Melayu, Cina ke majlis Cina dan sebagainya,” kata Khir. Menurutnya, Perdana Menteri mengeluarkan arahan supaya pemimpin Melayu juga menghadiri majlis yang dianjurkan oleh masyarakat Cina dan sebaliknya. “Kita tidak boleh menghadkan pemimpin kita mengikut batasan perkauman, kita harus bercampur dan bergaul,” katanya pada wawancara telefon dengan Malaysiakini.

Kenapda kini baru UMNO / BN sedar, tapi masih ada kerabat UMNO seperti PERKASA tidak boleh menerima keperluan ini, kerana PERKASA lebih mementingkan ketuanan Melayu, ini jelas mereka cuba menghalang PM yang nak beri sumbangan untuk penambahbaikan di sekolah Cina selepas menang di Hulu Selangor. Undi di Hulu Selangor masih memperlihatkan kaum Cina memang tidak memihak kepada UMNO / BN.

Tapi cuba kita kaji dan teliti, apakah sebab makin ramai dari semua kaum di Malaysia tidak lagi berminat dengan UMNO / BN ( atau parti gabungan BN ), sepatutnya kepimpinan UMNO / BN perlu memikirkan kenapa rakyat mula meninggalkan mereka.

Apakah rakyat tidak memilih BN kerana beberapa faktor penyebab: mungkin juga salah laku pemimpin dengan RASUAH, bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka OC Phang (
bawah) yang menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan RM254.85 juta dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Konspirasi PKFZ mereka yang terlibat ramai dari kalangan Kepimpinan MCA.



Beliau telah melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, antara 1 Okt 2004 dan 5 Sept 2005. Selain itu beliau juga menghadapi dua lagi tuduhan yang sama masing-masing membabitkan jumlah RM21,600,000 dan RM134,550,000, yang dilakukan di tempat yang sama antara 30 Sept 2005 dan 9 Mei 2006 dan antara 1 Jun 2005 dan 13 Jan 2006.

Isu kapal selam Scorpene buatan Perancis yang mengakibatkan terbunuhan Model Monggolia juga telah menggemparkan negara kerena ianya melibatkan kepimpinan negara dan kini pihak Perancis sedang menyiasat salah laku penyelewengan tersebut, apakah yang akan terjadi jika siasatan Peguam Perancis, Joseph Breham benar dan PM kita positif dalam siasatan tersebut?

Bagaimana pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap satu-satu kes, semua orang tahu pihak berkuasa menjalankan tugas secara " selected casses " Rasuah dalam kepimpinan Pemimpin Pakatan Rakyat di siasat hingga ke akar umbi dan ada yang menyebabkan kematian seperti Beng Hock, tapi tidak jika berlaku di sebelah pemimpin kerajaan.

Isu Royalti minyak di Kelantan, penyerahan telaga minyak di blok L/M kepada Brunai, bagaiman kes kematian Orang kena Tahan ( OkT ) di balai polis, bagaimana isu tempak menembap suspek hingga maut. Ini semua memberikan kesan kepada pengurusan dan pentadbiran negera.

Pemimpin ketika ini perlu sedar rakyat sudah matang, dunia di hujung jari mereka, maklumat cukup mudah di perolihi, lantas yang demikian rapat bergaul, beri duit, beri keperluan harian bukanlah tiket untuk rakyat kembali semula ke BN, tapi sikap, perangai, tingkah laku, salah guna kuasa, penyelewangan, mengamalkan rasuah dan entah apa-apa lagi, semua ini di perhatikan oleh pemilih.

Ubahlah perangai buruk tersebut dan kemudian rapatlah rakyat dengan penoh rendah diri, datanglah dengan hormat tidak berlagak dengan kereta besar dan elakan menonjolkan diri dengan cukup angkoh dan sombon.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA