Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, May 5, 2010

MIC JUGA AKAN DAPAT 50k DARI KERAJAAN PERAK

Kini, Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak yang diterajui BN, kian terdesak dan mereka akan mengguna dan menghalalkan setiap sudut cara untuk memastikan PRU13 nanti semua pihak berpaling tadah dan terus bersama-sama dengan BN. Kekalahan teruk rakan kongsi mereka MCA dan MIC telah mengajar mereka bahawa agihan wang negeri perlu dikonsikan bersama antara parti yang bernaung dengan BN.

Untuk itu pihak Sekretariah PR Perak, telah membongkar satu usaha dimana Kerajaan Perak ( kerajaan haram ) mengikut setiausaha sekretariatnya Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata, satu peruntukan khas bernilai 1.2 juta ringgit telah diluluskan untuk kepentingan dan kegiatan MCA, jumlah tersebut bermakna setiap bahagian MCA akan mendapat satu grant sejumlah 50k, agaknya dalam pemikiran kita darimana wang dan sejumlah itu diperolihi oleh Dr. Zambry?


Pada waktu ini, mengikut satu kaji selidik, pihak BN telah pulih dan rakyat telah memberikan kepercayaan semula untuk mereka mentadbir uruskan negeri, hampir 68% penduduk di Perak telah bertaubat dan kembali serta memberikan kepercayaan kepada kerajaan di bawah pimpinan Dr. Zambry, untuk kenapa lagi perlu menggunkan wang rakyat untuk kepentingan sesebuah parti, apakah wang sejumlah itu akan membazir sahaja, kerana memberikan wang kepada MCA adalah seperti " mencurah garam ke laut " kerana MCA adalah parti yang kaya, kerana mereka di dokong oleh taukeh besar sama ada di peringkat negeri mau pun negera.


Rakyat di Malaysia kini terus di pedaya oleh kepimpinan yang ada, semua halal jika keperluan itu memihak untuk kepentingan mereka. Wang kerajaan boleh diberikan untuk kepentingan parti, kawasan dan hak negera seperti telaga minyak di blok L / M boleh diserahkan kepada negera lain, para hakim kerajaan sudah tidak ada integriti dalam bilang kehakiman contoh kes liwat 2 DSAI. Agensi kerajaan PDRM, SPRM, SPR, boleh dikatakan 99% mereka di kementerian langsung tidak berusaha untuk mengagihkan keperluan dan keuntungan untuk semua rakyat dengan tampa memikirkan fahaman politik.


Kepimpinan menjadi " lemak " kerena mereka yang " dulu, kini & selama-lamanya " bermatian-matian langsung tidak terbuka minda dan daya fikir untuk memperbetulkan hala tuju pemimpin mereka, kalau salah di yakan, kalau betul memang patut di sokong. contoh di mana suara mereka tentang isu APCO, isu GST, apa tegoran mereka dengan tindakan Tun Dolah menyerahkan telaga Blok L/M ke Brunei, apa kata mereka berkaitan dengan kes salah tembak PDRM kepada orang ramai, apa tindakan mereka majoriti undi Melayu di Hulu Selangor ke BN tapi yang dapat faedah kepada MIC - wakil parlimen MIC, MIC juga dapat Senator dan pencacai UMNO dulu Sdr. Ezam juga dapat Senator, yang penat untuk memastikan kemenangan hanya dapat sehali baju t dan payung - ini satu realiti, bukan perkauman.

Kepada mereka yang " dulu, kini & selama-lamanya " berfikirlah untuk masa depan, bangsa, agama dan tanah air.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA