Kini Masyarakat Malaysia gempar semula dengan kes Kapal Selam - KD Tungku Abdul Rahman. Dengan kes pembeliaan kapal tersebut Kepimpinan Malaysia dikenali di mata dunia, terutama ianya membabitkan kematian seorang model dari Monggolia - Altantuya. Krisis ini melibatkan Abdul Razak Baginda yang pernah menjawat jawatan penting dengan PM. Atas dasar itu PM telah diseret sama dalam kes ini. Di peringkat Malaysia kes ini sudah selasai dengan hukuman gantong kepada dua anggota tentera, dan membebaskan Abdul Razak Baginda. Keputusan ini telah menimbulkan berbagai-bagai implikasi perundangan negera.
Kapal selam Scorpene yang dibeli dari Perancis ini, kini dalam siasatan oleh pihak peguam dari negara asalnya Peguam Perancis bernama Joseph Breham dan kehadiran beliau adalah dengan usaha sama yang dibuat oleh Suaram - Suara Rakyat Malaysia. Pihak Joseph Breham, tidak rasa gusar untuk hadir ke Malaysia walaupun beliau percaya akan wujudnya "tekanan dan ugutan" sepanjang usahanya menyiasat pembelian dua kapal selam buatan negaranya kepada Malaysia. Namun menurut Breham, beliau tidak gusar kerana tumpuan antarabangsa kepada kes berkenaan semacam memberikan perlindungan untuk beliau.
Di mana NGO Malaysia yang sentiasa memperjuangkan hak asasi kemanusiaan, di mana Perkasa yang lebih mementing ketuanan Melayi, di mana kelantangan suara Pergerakan Pemuda UMNO untuk mempertahankan pucuk kepimpinann UMNO itu sendiri.
Di mana NGO Malaysia yang sentiasa memperjuangkan hak asasi kemanusiaan, di mana Perkasa yang lebih mementing ketuanan Melayi, di mana kelantangan suara Pergerakan Pemuda UMNO untuk mempertahankan pucuk kepimpinann UMNO itu sendiri.
Joseph Breham
Rakyat Malaysia kini amat mengharapkan PERKASA, Pergerakan Pemuda UMNO, dan badan-badan NGOs yang lain untuk berdiri tegoh di belakang PM. Sudah pasti, rakan rakyat Malaysia dari gulongan pembangkang tidak bersama-sama untuk mempertahankan PM lagi, kerana dari awal lagi, mereka telah menyuarakan agar perkara ini di adili dengan telus untuk perhatian pihak dunia.
Walaubagaimana pun " sebusuk-busuk daging, di cincah dan di basoh, akhirnya boleh juga dimakan " memang kita dukacita dan simpati dengan apa yang akan berlaku, tapi kita berdoalah kepada tuhan agar dapat dilindungkan kepada kepimpinan negara dari terperangkap dalam isu ini. Kadang kala sokongan yang kita terima adalah sokongan yang membawa rebah. bukan semua sokongan ke arah penambah baikan, kita perlu berhati-hati dalam setiap tindakan yang akan diambil.
No comments:
Post a Comment