Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, May 3, 2010

PEMBAZIRAN AMALAN SYAITAN

Coretan kali ini, kita cuba tinggalkan cerita politik, kita cuba ceritakan apakah diri kita tergolong dalam golongan yang di cintai oleh Allah. Atau apakah kita sentiasa mempermainkan hukum Alquran atau kita tahu tentang hukum tapi kita buat tak tau, atau pun kita laksanakan hukum-hukum tersebut untuk orang lain tapi kita buat apa yang tak sepatutnya di buat. Kata pepatah " cakap tak serupa bikin "

Cuba kita perhatikan persoalan tentang Pembaziran dan Jimat Cermat. Ianya boleh dirujuk pada Surah al-Israa' 17:26-27 - " dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin seta orang musafir akan haknya masing-masing, dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melalu. Sesungguhnhya orang yang membazir itu adaah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur ketan Tuhanya "

Malaysia, alhamdulillah di limpahkan dengan seribu kemewahan, serta pelbagai hasil mahsul yang banyak. Untuk itu sepatutnya Negara kukuh dan setiap rakyat dapat menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Tapi oleh kerana " Pembaziran " yang menjadi amalan harta yang sepatutnya boleh digunakan puluhan tahun surut mendadak dalam masa beberapa tahun sahaja. Implikasi dari itu, mereka yang berhak dan patut mendapat bantuan yang sampai tak seberapa. Di samping kenaikan harga barang keperluan pula menjadi lebih mahal.

" pembaziran, memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sapatutunya sampai kepada mereka, maka, betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan" Apatah lagi perlakuan kebanyakkan pembaziran dilaksankaan dengan penuh keangkuhan dan kesombongan. Sifat demikian jua menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Cuba kita perhatikan, dalam keadaan rakyat tertekan dengan kehidupan yang sederhana, mereka terus di ajukan dengan kesedaran untuk berjimat, tidak membazir " si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi " Satu persoalan mengapakan agaknya hanya yang terbayang di fikiran pemimpin simiskin sahaja yang perlu berjimat? Mereka tidak terlintas langsung kepada kalangan pemimpin yang perbelanja dengan menggunakan harta negara dan keringat rakyat. lihat bagaimana mereka yang berada di istana, kediaman rasmi kerajaan sama ada di negeri mau pun negera. Kenapa hidup mereka bagitu mewah?

Cuba perhatikan beberapa persoaloan ini"-
a- apakah perlunya keraian kepada pihak istana dan pemimpin bagitu mewah pada masa kini?
b- makanan semeja untuk mereka benilai boleh digunakan oleh ratusan rakyat di bawah, karpet yang mereka bijak berharga ratusan nasi bungkus untuk rakyat biasa
c- apa perlunya di waktu ini " upgrade " rumah pemimpin atau istana di tambahmewahkan?
d- juga apakah perlunya keraian semasa mengadakan lawatan dengan persembahan yang menelan belanja ribuan ringgit?
e- kenapa pula semasa rakyat di arah berjima, kalangan kepimpinan masih boleh bersantai dengan bermain golf dengan tajaan wang rakyat?

Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan. Meminjam falsafah al-Iman an-Nawawi, jik a orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dirurangkan subsidi rakyat. An-Nawawi telah dibuang negeri kerana tidak mau bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun,jika itu tidak dilakukan, ulaman bukan burung kakat tua. Tanggongjawab di hadapan Allah SWT lebih besar daripada segala-gala. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma'aruf dan an-Nahi al-Mungkar ini.


petikan dari :
BICARA BUAT PEMIMPIN DAN RAKYAT,

MOHD. ASRI BIN ZAINUL ABIDIN





No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA