Gambar di sebelah adalah memperlihatkan sebahagian dari mereka yang terlibat dengan penerimaan agihan zakat tersebut. Mengikut urusetia, seramai 22 orang adalah dari Kampong Bandar Lama, 9 orang dari Kg. Jawa, Kampong Gajah 7 orang, Kampong Batu Hitam 3 orang, Kampong Selat Pulau 7 orang, Kampong Pulau 3 / Empai seramai 15 orang, Kg. Raja 2 orang, Kg. Tersusu Teluk Memali 2 orang dan 2 orang penuntuk yang akan melanjutkan pelajaran ke Kolej Metrikulasi yang akan bermula pada 10 Mei nanti.l
Semasa menyampaikan ucapan Sdr. Mustafa kamil Ayub, yang juga Naib Presiden PKR Pusat merangkap Pengerusi PKR Perak dan Ketua Cabang PKR Pasir Salak, menyarankan agar lebih ramai kalangan yang berpendapatan tinggi untuk mengikut jejak langkah ini, kerana disamping kita mencari harta di dunia kita juga dapat beramal untuk mereka yang berpendapatan di bawah asnaf fakir miskin. Beliau juga turut berdoa agar aktiviti sebegini dan penyumbang dapat meneruskan buat masa akan datang.
Kepada pengurusan surau Mardziah, juga menerima sadikit agihan untuk meneruskan aktiviti keagamaan seperti kelas mengaji, mengadakan ceramah keagamaan mau pun program untuk kepentingan kanak-kanak seperti mengadakan Khemah Ibadah, solat bistari dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment