Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, April 3, 2012

UMNO MERAYU UNTUK DI PINGGIRKAN

Kini memang tidak dinafikan, UMNO sudah lama bermaharaja lela di negara ini, memang juga tidak dinafikan, apa yang ada kini memang jelas ianya adalah jasa dari kepimpinan mereka, dari zaman Tengku hingga ke zaman Najib juga tidak dinafikan " peel " atau tingkah laku pemimpin UMNO cukup jauh berubah dari seorang pemimpin yang membangun, bersusah, bersenang sentiasa bersama rakyat tapi kini sudah tidak sedemikian. Kini mereka sudah angkoh, sombong, materialistik, lupa diri dan entah apa " peel " buruk yang di hinggapi kini.

Yang amat ketera sekali ialah semasa zaman UMNO di bawah pengurusan dan pentadbiran Mahathir, " buruk laku " pemimpin bermula dari sini, sikap tamak bemula, sikap salah guna kuasa di amal, sikap membela kroni di ambil kesempatan melalui Pensyarikatan Malaysia, bagi yang mempengeusikan GLC ( Goverment Link Company ) seperti Felcra, Felda, Risda, terus mengaut keuntungn darinya, rampasan kuasa raja-raja sanggup dilakukan. Mereka terus dengan gaya hidup mewah, " orang kampong " mula di pinggirkan, dan mereka di " gunakan " masa untuk mendapatkan undi saja. Nilai rakyat cuma sehelai pelikat atau sehalai batik sahaja. Penghidupan pemimpin terus mewah.

Tidak ada siapa yang melonggarkan sokongan ramai terhadap UMNO itu, sebaliknya semuanya disebabkan oleh 'conduct' UMNO itu sendiri. UMNO itu kian lemah bukan kerana pihak lain. Sebenarnya UMNO itu sendiri seolah-olah terminta-minta parti itu ditinggalkan oleh ahlinya, setidak-tidaknya kepada mereka yang berfikir secara mendalam.


Kita ambil sedikit kaitan dengan cerita bagaimana marah rakyat dengan peruntukan RM100 untuk agihan kepada setiap murid sekolah. Kenapa pihak UMNO perlu mengumpulkan semua ibubapa untuk penyerahan wang tersebut, sedangkan pihak sekolah sudah banyak pengalaman kaitan dengan pengagihan wang di peringkat sekolah, seperti KWAP ( Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ), RMT ( Rancangan Makan Tambahan ), SBT ( Skim Baucer Tuisyen ), tapi UMNO mengambil jalan untuk lebih dibenci oleh rakyat, mereka di kumpul, perlu mendengar ceramah, leteran pemimpin UMNO, rakyat di " paksa " untuk semata-mata hanya RM100.

Itu baru cerita kaitan dengan RM100, belum lagi RM200, BRIM RM500, dan yang akhirnya saham 1Malaysia. Semua sumbangan terdesak ini seolah-olah cuba mengelabui mata rakyat, atau mereka merasakan, UMNO bertanggongjawab terhadap rakyat, UMNO prihatin kepada rakyat.
Diperturunkan andaian kenapa UMNO kini merayu untuk ditinggalkan:

Selama lebih 50tahun, mereka menggunakan orang Melayu yang telah memberikan kepercayaan dalam kepimpinan, oleh kerana terlalu lama, kini semua apa yang dibuat serba tak kena. Kesilapan yang amat ketara kerana UMNO bagitu mudah dapat memperdayakan orang Melayu, dan mereka mengambil sikap " for granted ", kerana anggapan mereka tak mungkin orang Melayu akan meninggalkan UMNO.
UMNO memandang rendah kepada ahli-ahlinya serta rakyat jelata yang mereka akan tetap berkuasa, waimma setelah memperkosa harta rakyat melalui budaya kronism yang telah begitu kental terbentuk dalam negara ini. Pendeknya UMNO telah mengambil kelembutan hati orang Melayu sebagai kelemahan yang boleh diperkosa dan dinoda tanpa reaksi negatif dari mereka.


Kita lihat sendiri di mana kedudukan orang Melayu di semua bidang, " Kita " masih tercicir dari bangsa lain terutama kaum Cina, kenapa semua dasar yang dirancang tidak menjadi, DEB, WAWASAN 2020, mereka hanya pandai menggubal dasar tapi tidak berusaha keras untuk memastikan kejayaan setiap dasar yang dirangka. DEB yang mensasarkan keupayaan 30% ekiuti kepunyaan Melayu tapi gagal, Wawasan 2020 hanya tinggal 8 tahun lagi. Apakah hasilnya juga sama dengan DEB. Tunggu dan lihatlah.


Memang tidak dinafikan, 0rang Melayu telah memberikan " keperayaan " 100% kepada pemimpin UMNO, tapi kini atau lebih tepat selepas PRU12, orang Melayu dah buka mata, daya fikir mereka telah " up to date ", dunia berada di hujung jari sahaja. Dengan perubahan itu, UMNO mula resah gelisah dan akhirnya meletakkan kesalahan itu kepada bangsa asing. " Ketuanan Melayu " di jaja ke hulu ke hilir, hanya itulah senjata yang boleh dimainkan untuk meraih undi simpati.
 

Setelah " Melayu " hilang kepercayaan, sudah hilang sabar serta sudah muak dengan cara dan corak hidup pemimpin kini mereka mundar mandir semula untuk manabor janji, "hanya dengan mengundi UMNO untuk memastikan masa depan Melayu terjamin. Tak cukup ke 54 tahun yang lalu untuk membantu " Melayu " ?
 
Setengah abad adalah terlalu lama untuk membiarkan UMNO memerintah dan waktu untuk UMNO duduk dipetak pembangkang sudah sampai supaya UMNO tahu dan merasakan betapa pedihnya perasaan rakyat khususnya orang Melayu selama ini. Orang Melayu sudah bersabar begitu lama dan tahap kesabaran mereka sudah sampai kepenghujungnya.

Apakah kini, orang Melayu sudah membulatkan tekat, selagi UMNO masih memerintah selagi itulah pemikiran orang Melayu akan jumud terus menerus dan memerhatikan sahaja bangsa-bangsa lain maju kehadapan. Ketinggalan kita itu pula dimainkan untuk memberikan harapan palsu untuk UMNO mendapatkan sokongan dari orang Melayu, tetapi orang Melayu sudah tidak boleh dikotak-katikkan seperti yang selalu mereka alami
Ramai orang Melayu sedar bahawa mereka perlu memecahkan tembok yang menghalang mereka untuk berfikir dan bertindak semata-mata untuk generasi mereka yang akan datang. 


Pemimpin terus angkoh dan sombong kerana ada kalangan ahli yang menjadi pak turut dan penyokong yang membabi buta, tapi mereka menyokong dengan upahan, ada projek mereka sokong, itu lah menyebabkan pemimpin terus menjadikan rasuah satu amalan dalam penghidupan. Lihat sahaja bagaimana anak-anak Generasi ke2  di Felcra, mereka tercungap-cungap mengejar untuk mendapatkan lot tapak rumah, dah dapat bayar primium nombor lot di berikan tapi akhirnya tapak yang dijanjikan bukan untuk mereka. Yang terdiri ialah rumah bertaraf " banglo " dan pembelinya terbuka kepada mereka yang " berwang " ke seluruh negara. 



Apakah andaian ini benar " Kepada setengah yang menyertai UMNO itu kerana hendak menjadikan modal perniagaan dan bukannya untuk memperjuangkan nasib bangsa sendiri ".

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA