Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, December 31, 2009

MALAM BERSANTAI DENGAN KEKASIH

Waktu ini ramai rakyat malaysia berada di lokasi tertentu untuk sambutan dan " countdown " untuk menyambut tahun baru. Agaknya bagaimanalah hasil dan kepuasan anak-anak muda di waktu ini, apakah agaknya yang sedang dilakukan mereka ye?.

Semua ibu negeri dan ibu negera menyediakan kawasan khas untuk tujuan tersebut, kalau kita di Kuala Lumpur sudah pasti Dataran Merdeka dan kawasan Bukit Bintang menjadi lokasi yang cukup menyeronokkan.

Kepada ibubapa, harap-harap dapat memastikan anak-anak belai tidak meninggalkan rumah sehingga esok pagi kerana mungkin mereka tidur di tepi jalan maupun di rumah tumpangan kawan-kawan, kalau lelaki sema lelaki alhamdullilah tapi sebaliknya, jika ini berlaku tak taulah apa yang akan terjadi.

Di kala ini, kisah buang bayi menjadi berita yang sudah tidak sensesi kerana hari-hari ada aje berita berkaitan dengannya. Kita berdoalah agar malam " count down " tidak dijadikan malam untuk mecipta bayi yang perlu dibuangkan di tong sampah mau pun di tepi kaki lima. kesian lah pada bayi tersebut, malang sungguh nasib mereka.

kepada penciptanya, berfikirlah untuk kepentingan masa depan diri sendiri dan juga masa depan. Jauhi lah perbuatan tersebut.

Yang anehnya, ramai yang terlibat adalah dari kalangan bangsa Melayu.

Kalau setuju dicadangkan agar detik awal tahun ini tak payahlah diadakan, kerana ianya banyak memberikan kesan yang buruk dari sebaliknya.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010, MOGA-MOGA ALLAH MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADA UMATNYA UNTUK BERIBADAT DAN BERTAUBAT UNTUK KEBAIKAN.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA