Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, December 5, 2009

SPM - TERUS HURU HARA

Akhbar hari ini melaporkan Kementarian Pelajaran membenar calon-calon SPM mengambil hanya 12 mata pelajaran itu pun untuk sekolah Menengah kebangsaan Cina dan India untuk mata pelajaran Bahasa India / Cina serta sastera Cina dan India.

Keputusan ini jelas menemplak cita-cita UMNO untuk mendaulatkan Bahasa Melayu. S. Subramanian Naib Presiden MIC berhujah untuk mempertahankan Bahasa Ibundanya sedangkan Mahyuddin pula cuba dan berusaha untuk menghapuskan Bahasa Ibundanya, kerana sanggup menidakkan Mata Pelajaran khususnya berkaitan dengan KEAGAMAAN di tiadakan dalam SPM nanti. Jelas kini yang menidakan kemampuan orang kita.

Tapi kelulusan yang diberikan aneh juga, kerana keputusan SPM hanya berpandukan kepada 10 matepelajaran tapi kelulusan subjek Bahasa dan Sastera Cina / India ini boleh digunakan untuk mereka mengajar dalam bahasa tersebut. dan sijil mereka nanti akan memberikan kekuatan untuk menyertai bidang pendidikan.

Adalah diharapkan agar pihak KP memikir dan berbincang khusus dalam usaha mempertingkatkan pengurusan pembangunan pendidikan di negera kini, kerana sejak akhirnya keputusan yang dibuat sentiasa di putuskan cara terdesah dan akhirnya keputusan mengikut kehendak dan kepentingan politik semasa. Didoakan agar kementerian pendidikan tidak menjadi para pelajara sekolah sebagai bahan uji kaji serta menjadikan kementerian ini untuk kepentingan perjuangan politik.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA