Tregedi " runtuhnya " jambatan gantung di SK Kuala Dipang baru-baru ini telah menyebabkan rasa kekitaan, pertanggongjawab serta saling faham dan memahami dengan semua pihakk, sekolah, PIBG, masyarakat, PPD, Jabatan serta kepimpinan kemasyarakatan perlu ada rasa " sense of belonging "
Apakah perancangan mengadakan " kem 1M " telah dibuat dengan teliti, seperti kebenaran keluarga, kebenaran pihak jabatan hatta kemastian memastikan kawasan tempat perkhemhan dalam keadaan yang " top " untuk penggunaan.
Tragedi ini melihatkan ada kalangan kepimpinan samaada di pihak sekolah, PPD mau pun jabatan di kenal pasti sudah tidak mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk kebaikan dan kebajikan setiap peserta yang berssama-sama di perkhemahan tersebut. Kesannya, terbongkarlah adakalangan murid yang tidak ada kebenaran keluarga, sepatutnya perkhemahan disertailah murid tahun 6 - sebagai pengisian aktiviti selepasa UPSR tapi ada ssekolah yang membenar dan membawa bersama murid-murid dari kelas yang tidak berhak untuk ikut sama. Dapat juga menunjukan pada tarikh tersebut pihak JPN sendang mengadakan ujian berpusat - jadi kenapa murid tahun 5 dibenarkan mengikut sama di perkhemahan tersebut?
Ini lah yang dikatakan, apabila terjadi satu-satu malapeteka semua ketidak telusan kerja terserlah. Di pihak pembangunan pula, apakah pihak kontraktor yang diberikan tanggojawab telah mendapat kelulusan untuk pembinaan, adakah mereka merujuk kepada pihak tertentu seperti JKR ( pembinaan ), berapakah kos pembinaan untuk jabatan tersebut?
Setalah diadakan soal siasat dan terdapat bukti adanya kelemahan dalam penganjoran sudah pasti ada kalangan pegawai tertentu akan di " hukum " Tuan PPD Kinta Selatan di tukarkan ke JPN, Tuan Ketua Sektor di JPN di tukarkan ke Kementerian. Apakah ini satu hukuman? Bagaimana pula dengan tanggongjawab yang dipikul oleh guru-guru pengiring, adakah mereka juga dibekalkan ilmu perkhemahan atau tangkap muat saja.
Walaubagaimana pun sekalongan tahniah kepada sebilangan guru yang juga sanggup menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan anak didik mereka dan tidak pula mengira kaum. Apakah pula " habuan " kepada mereka ini? atau pun pihak tertentu hanya menghukum pabila berlaku kesilapan dan sebaliknya melupai kepada mereka yang bertungkus lumus untuk " menyelamat "
Kalau di ambil kira, jika PPD Kinta Selatan di " sejukkan " di JPN dan KS Pengurusan Kemanusian di " sejukkan " di Kementerian apa pula agaknya yang terjadi kepada GB semua sekolah yang terlibat, dan bagaimana pula dengan guru-guru yang bertugas pada perkhemahan tersebut.
Kontrator mungkin boleh selamat jika beliau ada talian dengan pihak-pihak tertentu samaada di Bahagian, di SUK atau pun di Putrajaya. Kita lihat dan perhatikan apa yang berlaku kepadanya nanti. Tunggu dan lihat aje le.
No comments:
Post a Comment