Kelahiran SGM - Standar Guru Malaysia yang dilancarkan oleh Menteri Pelajaran mencerminkan kepada kita bahawa sudah 52 tahun merdeka sistem pendidikan serta cara pengajaran dan pembelajaran di sekolah di dukongi oleh guru-guru yang " tak standard " mungkin cara mereka bekerja, cara mereka mengajar, cara mereka menangani permasalahan murid tidak setanding dengan dunia global waktu ini.
Atas dasar kesedaran untuk melahirkan modal insan berminda kelas pertama dan bermatlamatkan sistem pendidikan negera setara dengan piawaiaan global. Sistem pengambil guru-guru perlu ada satu piawai khas untuknya. Dengan adanya "sirim" untuk guru dapatlah negera melahirkan insan yang proaktif, bermoral, berhemah dan yang diharapkan. Penekanan dalam SGM diberikan kepada 3 aspek: profesionalima keguruan, berpengetahuan serta memiliki kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi.
3 aspek yang dicadangkan adalah harapan dan garapan yang diberikan oleh YAB Timb. PM yang juga Menteri Pelajaran satelah mendapat gagasan guru yang ada masa kini sudah hilang taring untuk memastikan kelahiran anak didik tidak lagi " menjadi manusia " malahan kelahiran mereka terjebak terus ke alam yang tidak diingini, menjadi Mat Rempit, Minah Rempit, Kaki Nombor, Judi, Arak, peminat hiburan kerlaluan dan akhirnya lahirlah insan dan manusia Melayu yang lupa diri.
Apakah benar kini, kalangan guru sudah tidak "patrotik" kepada tugasan yang dipohon, apakah mereka memilih " perguruan " sekadar untuk mendapat gaji semata-mata. Apakah " perguruan " telah menjadi batu lompatan kerana bidang perguruan diperlukan terlalu ramai jika di bandingkan dengan bidang lain. Kalau inilah niat pemohon memang wajib di lakukan satu bedah siasat khusus berkaitan dengan pengambilan para "pendidik" masa akan datang.
SGM - Standar Guru Malaysia, memang wajar dan kena pada masanya, kerana dah ramai sangat hasil sistem persekolahan kini sudah tidak melahirkan manusia yang layak di panggil " manusia ".
Kita ambil sahaja aspek " pengajaran dan pembelajaran " dari pandangan mata kasar pada masa kini memang " guru " tidak bertindak dan bergerak sebagai " guru " ( bukan semua ) ramai kalangan guru yang bertindak sebagai ahli koporat, sebagai kontraktor, sebagai penjaja, sebagai agen insuran, sebagai penjaja kecil dan entah apa-apa lagi tugasan yang sepatutnya tidak dilakukan tapi itulah " aktiviti " yang dilakukannya. Tambahan kalau mereka pula terlibat dalamkancah politik, lagi jadi mangsalah para pelajar dan murid.
Period mengajar tidak digunakan semaksima mungkin, layanan mesra untuk murid tidak di abaikan, hasil kerja murid tidak diambil tindakan kadang kala komitmen dengan rakan sekerja juga tidak diperdulikan. kerana mereka sibok dengan tugasan sampingan yang di jadikan tugasan penting itu. kadang digunakan alasan YB itu dan ini panggillah, entah ya entah tidak, pihak pentadbiran pula " segan " untuk mengambil tindakan. Akhirnya harapan anak didik musnah.
GURU bukan menjadi " corebisness " lagi, cuma yang penting gaji dibayar setiap bulan dan tambahan pendapatan dengan kerja sampingan yang dinyatakan tersebut.
Kelahiran SGM memang tepat pada masa, walaubagaimana pun pihak KP perlu bersikap " buat seberapa baik " dalam SGM ini.
No comments:
Post a Comment