Hampir semua akhbar harian - akhbar perdana dan akhbar tabliod menulis berkaitan dengan senario politik sepanjang 2009 dan kesan daripada PRU12 2008. Ianya semacam apa yang ditulis oleh Lawrence E. Joseph dalam KIAMAT 2012 ada benarnya khusus dalam kemelut politik. " Jika perdaban yang kita kenal saat ini - entitas sosial, politik, dan budaya yang telah berkembang secara luar biasa - rusak hingga mencapai titik yang menghambat evolusinya, ketika hubungan normal antara negera terganggu jumlah besar manusia kehilanga nyawa mereka dan yang selamat menghadapi masa depan yang keras dan mengerikan - itu bisa di sebut kiamat ".
Lawrence E. Joseph - menulis kecelaruan berpoliti, ketidak seimbangan daya fikir, kerosakan mental setiap manusia adalah juga tanda-tanda akan berakhirnya dunia ini. ( ini pandangan beliau - harap jangan percaya nanti boleh jadi murtad ). Walaubagaimana pun sebagai pandangan dan bahan rujukan, sila perhatikan bagaimana celarunya polotik Malaysia kini.
Selepas PR12, tumbangnya 5 ( kemudian 4 ) negeri di bawah pemerintahan BN kepada PR, bagaimana rampasan kuasa di Perak di lakunkan oleh pihak yang berkepentingan dan tidak menerima hakikat kekalahan, bagaimana pula ada kalangan pepimpin yang melompat dari satu parti ke satu parti yang lain.
Dari segi salah guna kuasa, kita lihat sahaja bagai PKFZ di bongkarkan, dengan berbilion wang rakyat di salah tadbirkan yang memberikan kesan ada kalangan pemimpin hidup mewah.
Terbongkarnya kes Pembunuhan Altantuya memang menggemparkan, dan akhirnya 2 orang anggota polis di jatuhkan hukum bunuh. Semua rakyat terkejut dengan hukuman tersebut dan ianys sebagai di rencana agar mereka yang terlibat di lepaskan dan yang menjadi mangsa adalah " pak sanggup " kecilan saja.
Berkaitan dengan PRK ( Pilihan Raya Kecil ) dalam sejarah sejak Mac 2008 hingga kini sudah 8 PRK, dan yang menggemparkan dari 9 itu 6 dimenangi oleh Pembangkang (PR) di mulai oleh DSAI - DSAI selamat kembali ke Parlimen bagi mewakili Permatang Pauh. BN cuma memanangai di Batang Ai dan Bagan Pinang ( juga kembalinya Isa Samad ke persada kerusi DUN di N9 )yang lain Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang ( ketiga-tiganya parlimen )dan Bukit Selambau, Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir.
Sistem kehakiman yang mula terhakis, kekebalan SPRM hingga menyebabkan kematian petuduh semasa siasatan, persidangan bawah pokok oleh PR negeri perak, serta DUN Perak juga meluluskan belanjawaan cuma hanya 20 minit semuanya ini sejarah hitam politik Malaysia.
Akhirnya pada 19 Disember, gagasan Pakatan Rakyat menjadi kenyataan - Gabuangan PKR, PAS dan DAP menjadi kenyataan. Jika pihak ROS ( registration of Society ) meluluskan gabungan ini maka PRU13 nanti hanya 2 parti yang bertanding dalam pilihanraya.
No comments:
Post a Comment