Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, December 29, 2009

MUAFAKAT RAKYAT

Sejak 19 Disember yang lalu, kegiatan politik tanah air kian menebal, semua parti khususnya UMNO / BN telah mengarahkan pandangan dan pemerhatian kepada " keujudan " setia kawan dalam Pakatan Rakyat dengan melalui Konvensyen pertama gagasan 3 parti terbesar selepasa UMNO/BN tersebut. Melalui konvensyen tersebut terlakar arah mana PR akan pergi dan ke mana Malaysia nak di bawa oleh kepimpinan PR tersebut.

PR dalan resolusinya menyatakan kesediaan untuk merencana dasar dan kebajikan untuk membawa keluar bangsa dan negera dari kemelut yang semakin meruncin, sudah pasti penumpuan kepada agenda pembangunan bagsa yang kini tergelincin akibat dari fahama perkauman sempit, politik adu domba dan " demokrasi otoritarian". Keadaan ekonomi yang merudum akbitan dari keeruntuhak akal budi, kerakusan rasuah dan kebijakan usang yang menyebabkan Malaysia tercicir ke belakang dari ekonomi rancak serantau. Ketidak adilan ekonomi ini jelas antara goongan kaya dengan miskin, anara bandar desa dan pendalaman dan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Berkaitan dengan jenayah, ianya cukup mengancam keselamatan nyawa dan harta rakyat ini disebabkan pasukan plis telah disalahgunakan untuk tujuan politik yang sempit. kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman terus di gasir oleh campur tangan politik dan kepentingan perniagaan.

Setengah abad Malaysia merdeka dan berdaulat sewajarnya mendewasakan. ini diterjemakan manakala rakyat dari pelbagai kaum mempamerkan semangat baru meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud, menolak kerakusan kuasa, merebaknya rasuah, merompak khazanah negera dan mengijak hak rakyat.

Berdasar dan mengimbau kembali keinsafan rakyat ini, PR mengikrarkan iltizam untuk menghayhti dan melaksanakan agenda politik baru ke arah mengembleng tenaga rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya yang dilihat sebagai satu kekuatan.

Malahan PR teruja dan penoh yakin mampu mengubah landskap dasar perkauman sempit kepada kerukunan hidup beragama, nilai kemanusian berlandaskan prinsip akhlak dan etika hak asasi, prinsipa negera hukum tanpa memilih darjat, kaum atau kelompok. Dengan berlandaskan Kepatuhan kepada Perlembagaan dan prinsi-prinsip keadilan sejagat dan menjamiin keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, segabaimana ia mnejadi hak asasi manjusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimertabatkan.

Kaitan dengan perkembangan ekonomi negara PR juga yakin dan mampu ekonomi negra di pacu dengan lebih pantas melalui dsara ekonomii pasaran yang menusiawi yang mengarah kepada pembangunan manusia seutuhnya. Kebajikan ekomi harus menjadi Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan yang sihat, percukaian progresif, tetapi kukuh dengan hasrat mencapai keadilan melalui keadah pengagihan ekonomi yan adil terutama bagi kelompok miskin dan terpinggir.

Amalan rasuah memang menjadi peraka yang amat dibenci oleh PR, lantas tidak ada tolak ansur dan ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyualahgunaan kuasa. Demi memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar menindas perlu
digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golongan miskin di Malaysia tanpa mengira kaum.

Berdasarkan anjakan ini PR mengajak Rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua dan prinsip perlembagaan. Agenda ini perlu digembling oleh semua pihak untuk memastikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan. Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA