Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, December 20, 2009

GURU - MANAGE YOURSELF 6 - "THINK FROM HELICOPTER VIEW"

Memang tidak dinafikan tugasan seorang guru memang " berat " seorang guru perlu mengetahui selok belok anak didiknya, dari semua sudut, sistem kekeluargaannya, minat, baik buruh perangai yang ada pada diri mereka, serta kadang kala seorang guru juga perlu berkorban wang ringgit demi kesejateraan " pembelajaran " anak didik mereka.

There are no big problems, there are just a lot of little problems - Henry Ford.

Untuk itu seorang " guru " juga perlu meneliti setiap permasalahan dari semua aspek, untuk itu dengan menggunakan te,ori ini mungkin dapat membantu penyelesaian masalah yang sedasng dihadapi. Kadang kala kegagalan seorang murid untuk belajar bukan kerana mereka malas. tapi mungkin kerana tekanan hidup dalam keluarga, mungkin juga permasalahan diri sendiri.

Sebagai contoh, soerang pelajar yang cukup cemerlang, tiba-tiba beliau bertukar menjadi seorang pelajar yang sederhana, pencapaian di pertikaikan, kelakuan mendukacitakan. Untuk itu sebagai penyelesaian, buatlah kajian dan selidik kebenaran berlakunya perubahan tersebut.

Di bawah ini di kenal pasti perubahan yang membantuk kepada perubahan tingkah laku dan pencapaian seseorang pelajar:

- perubahan " enviroment " sekolah, seperti pertukaran guru, kesesuaian seseroang guru, keakraban seseorang guru terhadap pelajarnya. Mungkin cara pendekatan ini merubahkan tahap tingkah laku pelajar.
- perubahan atau mendatangnya perseonal problem - mungkin agaknya mereka sedang bercinta, putus cinta, masalah keluar dirumah. semua ini boleh mempengaruh pembelajaran pelajar.
- kadang kala perubahan diri mereka juga menjadi elemen pembantu kepada perubahan diri, sebagai mana yang di alami, dari seorang yang belum baligh ke dunia remaja. dari dunia kanak-kanak ke dunia yang sudah kenal erti hidup berumah tangga.

- Perubahan sukatan pelajaran juga menjadi agen kepada keadaan sebagini juga. Selain itu, mereka juga kadang kala terperangkap penyakit yang sukar untuk diubati.

- arahan atau paksaan untuk melakukan sesuatu yang tidak ada kaitan dengan pembelajaran.

Akhirnya, jika seorang guru dapat mengenal pasti setiap permasalahan dan puncanya sudah pasti ianya meringan dan dapat pengesahan penyebab berubah lakunya setiap pelajar di bawah pimpinan guru tersebut. Dengan mengamalkan budaya " helicopter view point " ini dapat memudahkan seorang guru menyelesaikan masalah yang dihadapi.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA