Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, December 20, 2009

BERSATU, BERUBAH DAN BERKAT = PR

Kita seluruh rakyat Malaysia masih lagi teringa-inga dengan slogan " rakyat di dahulukan, Prestasi diutamakan " dalam gagasan 1 Malaysia. Walaupun PN Najib beria-ia dengan slogan dan gagasan ini tapi tindak tanduk beliau masih lagi dicurigai oleh semua pihak sama ada dari kalangan kepimpinan UMNO sendiri apatah lagi dari pihak pembangkang.

Protes yang paling " wahid " ditunjukan oleh pihak UMNO / BN, di mana kalangan Ahli Parlimen tidak berminat dengan bajet sulung beliau, kerana bagi UMNO / BN bajet sulung najib lebih menumpukan kepada Rosmah dengan projek " Permata " sebagai protes, bajet 2010 hanya dapat majoriti 3 undi saja. dari 137 ahli parlimen UMNO / BN hanya 66 yang hadir.

Bagi membayangi slogan gagasan 1M itu, kini timbul pula " bersatu, berubah, berkat " dengan gagasan gabungan 3 parti PKR, DAP dan PAS. Ujud pula slogan " ketepikan perbezaan dan dahulukan kesepakatan " gagasan ini terbit dari konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Disember dimana 3 tokoh kepimpinan dari setiap parti telah bersetujui dan merestui penububhan permuafaktan tersebut. Dengan itu PRU 13 ( jika dunia belum kiamat ) sudah pasti hanya pertandingan satu lawan satu. Barisan Nasional berentap dengan Pakatan Rakyat.

Dalam ucapan DSAI semasa di majlis tersebut beliau amat berbangga dan " sense of confedence " terhadap gagasan ini amat menonjol sekali, beliau bagitu yakin, bagitu juga dengan TGNA juga cara tak langsung sebagai " mati hidup kembali " dalam arena politik. Kesepakatan antara DAP dan PAS amat mengembirakan sekali.

Cuma apa yang perlu diberkan perhatian ialah sejauh mana setiap perbezaan pendapat dapat di atasi dengan paling cepat dan setiap tindakan tidak " menyakiti " hati kepada bangsa tertentul

Di doakan agar Pakatan Rakyat berjaya menggantikan Barisan nasional pada PRU13 nanti.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA