Hanya satu renongan saja.
Dalam masa Dr. Mahathir menjadi nakhoda kapal UMNO, kapal yang dulunya kapal layar sudah berubah menjadi seperti " Titanic ". UMNO yang kini dikuasai oleh tokoh korporat penumpang kelas satu nampaknya tidak memperdulikan nasib penumpang yang bukan kaya raya. Kapten kapal itu begitu angkuh dan sombong. Mereka beranggapan Tuhan sekalipun tidak boleh tenggelamkan kapal yang hebat dan istimewa, akhirnya " Titanic " terbelah dua dan tenggelam.
Semasa Mahatihir jadi kapten, kapal ini pernah karam. Ribuan yang telah lemas, yang diselamatkan hanyak mereka yang terpenting dan ada hubungan dengan nakhoda.
Morgan Robertson, novelis Amerika dalam Futiliti yang diterbitkan dalam tahun 1898 pernah mengambarkan apa yang bakal berlaku pada kapal terbesar hasil kerja terhebat menusia akibat keangkuhan,kesombongan, kejam, zalim dan memikirkan suku sakat. Mereka yang mahu selamat mesti menaiki bahtrera Nabi Noh kerana apa juga bala bencana yang diturunkan oleh Allah untuk mengingatkan manusia jangan cuba menujukkan kesombongan. Taat kepada perintah Allah dan RasulNya. Jika pewaris Nabi yang jadi kapten dan penumpangnya taat perintah Allah dan Rasul, insyaallah UMNO akan selamat. Sejarah telah mencatat penyelewangan nakhoda kapal UMNO.
Cubitan dari : Mahathir Konspirasi Anwar Reformasi ( 1998 )
No comments:
Post a Comment