Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, October 12, 2009

KEMANA - UMNO DAN GENERASI AKAN DATANG

Sejumlah 8 PRK telah diadakan selepas berakhirnya PRU ke12, dalam 8 PRK tersebut 6 darinya dimenangi oleh PR ( PAS, DAP & PKR ) dengan aggregate 8 bebalas 2 ianya masih memihak kepada PR. Walaubagaimana pun kemengangan menceroboh kubu UMNO seperti di K. Terenggau cukup mengembirakan dan kekalahan di Bagan Pinang cukup significan sekali. SPR sendiri meletakkan PRK di Bagan Pinang adalah yang paling dramatik sekali, kecoh, penyalahan guna kuasa, undi pos yang paling banyak, pergadohan dua belah pihak yang gagal di tangani bersama dan yang terpenting CALUN yang bertanding, UMNO mengesahkan parti ini tidak dapat malah mengiakan di mana RASUAH adalah mainan hidup dan budaya yang perlu diterapkan dengan " dulu, kini dan selama-lamanya "

Kalau kita perhatikan apakah generasi yang dilahirkan melalui dasar KBSR - yang cukup hebat dengan generasi yang berdaya fikir jauh, berdisiplin tinggi, memahami erti kehidupan, memahami rasa tanggong jawab, rasa kekitaan, rasa kepunyaan rasa bertimbang rasa terhadap sesama manusia berjaya diterapkan. Kalau kita lihat dan perhatikan peranan Puteri dan Puteri UMNO pada dasarnya inilah generasi yang akan dilahirkan dalam tempoh 3 atau 4 tahun lagi. Generasi yang tidak menghormati gulongan tua, genarasi yang gagal memilih tuturkata yang sopan, generasi yang gembira menujukkan susuk tubuh badan mereka dan yang sedihnya generasi mendatang adalah generasi yang lebih suka dengan penghidupan yang menyeronokkan, setiasa mementingkan kegembiraan, penghidupan yang berfoya-foya. Tak salahlah jika berlaku sedemikian rupa, bak kata pepatah " di tumpahnya kuah kalau tidak ke pinggan nasi "

kita lihat saja cora penghidupan kepimpinan mereka, kita lihat sahaja calun Bagan Pinang, Kita lihat saja butar belit fakta oleh pegawai tinggi kerajaan baik dari SPRM, SPR mau pun PDRM, malahan tutur kata dari kepimpinan tertinggi juga sentiasa menjadikan pengikut terutama generasi muda menjadikan mereka idole - khususnya remaja UMNO.

Kalau mereka dari gulongan pelajar pula, mereka sentiasa membaca bahan-bahan fitnah yang diterbitkan oleh media perdana, sama ada media cetak mau pun media elektronik. Bahan bacaan lebih mementing dan memastikan " tauke " di jaga dan dilindungi untuk sentiasa menang, akhirnya pembaca di tipu, dan sentiasa di tipu.

Mengapa mereka gagal menujukan keperibadian yang mulia, mengapa mereka perlu mengadakan provokasi yang jelas boleh mencemarkan imej keperibadian mereka sendiri seperti lakunan Ketua Putra.

Ini semua boleh berlaku kerana agensi kerajaan tidak memainkan peranan mereka untuk kepentingan sejagat, malahan mereka hanya menjaga kepentingan orang tertentu sahaja. Polis tidak mengindahkan selain dari orang UMNO, SPRM perlu dan akan bertindak tegas jika mereka yang bersalah dari gulongan yang menentang UMNO, SPR memainkan peranan dan sentiasa berfikir bagaimana untuk memenangkan UMNO. Contoh Setiap kali PRK ada saja arahan baru yang perlu di patuhi.

Kita berdoa untuk kepentingan generasi akan datang, lahirlah generasi yang berdaya saing, berfikiran jauh, memahami dan mencintai bangsa, agama dan tanah air bukan mencintai UMNO. Berpijaklah di bumi yang nyata.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA