Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, October 2, 2009

RASUAH ITU UMNO DAN UMNO ITU RASUAH

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( PKMB ) walau bagaimana pun ianya lebih dikenali dengan Unitem Malay National Organisation ( UMNO ) telah mengalamai proses kematangan dan silih berganti dalam kepimpinan. Dengan di mulai oleh Tengku Abdul Rahman diikuti oleh Tun Razak, Tun Husein Onn kemudian di ambil alih oleh Dr. Mahathir kini juga bergelar Tun.

Proses kematangan di ikuti dengan proses bertukar gantinya kepimpinan di semua peringkat, sama ada di cawangan, bahagian mau di peringkat pusat. Pada masa yang sama dari zaman Tunku Abdul Rahman negera dalam proses kemerdekaan, menghadapi ancaman komunis serta akhirnya terbentuklah Malaysia. Dari keadaan negera yang miskin, tidak teratur alhamdulillah akhirnya Malaysia maju dan terdapatlah apa yang ada pada hari ini.

Pergolakan politik, dan politik wang mula di canang masa zaman Mahathir, kerana negera sudah aman, negera sudah banyak hasil, sudah banyak agihan kekayaan, sudah banyak projek sama ada dalam mau pun di luar negera. Individu yang memimpin juga sudah mula bertukar dari seorang guru biasa, yang kehulu kehilir dengan menaikai basikal kini terjelma orang koperat.

Semasa Mahathir, beliau sudah nampak sewal beliau mengambil alih tampoh pemerintahan UMNO, rebut kuasa antara kepimpinan UMNO memang tidak dapat dielakan lagi, untuk mendapatkan populariti wang menjadi pertaruhan. Penglibatan pemimpin seperti Musa Hitam, Tengku Razali, Shahril Samad, Ghaffar Baba. Berbagai kem ujud, kem menentang Mahathir, kem menentang Tengku Razali dan entah beberapa kem lagi untuk kepenting dan survival dalam kepimpinan.

" UMNO sekarang memasuki era baru, era di mana kepenting diri sendiri nampaknya diberi keutamaan lebih dari parti. Dengan semakin ramai orang Melayu menjadi kaya, rebutan jawatan dibuat dengan mengguna wang yang banyak. Sekali lagi saya ingin memberi amaaran. Penggunaan wang dan rebutan jawatan akan menghancurkan UMNO dan melemahkan orang Melayu sekiranya ini dibuarkan berlaku. Satu hari nanti millionaire saja akan memimpin UMNO. Ia akan menjadi persatuan orang-orang kaya. Dan sudah tentu rakyat umum tidak lagi akan menyokongnya "

" Ahli-ahli yang membenarkan diri mereka dipengahrui dengan kempen jenis ini ( main duit ) akan kecewa akhirnya. Apabila pemilihan dibuat, tidak kira siapa yang menang dan siapa yang kalah kerjasama dalam parti tidak dapat diadakan lagi. Semakin lama semakin banyak perpecahan akan berlaku dan akhirnya akan hancurlah UMNO.

Bila UMNO sudah hancur, kemenangan untuk menjadi pemimpin tidak bermakna lagi. Yang akan memenangi pilihanraya bukan lagi UMNO, tetapi parti lain. Pemimpin parti yang kalah tidak akan yang didiamkan.

UMNO tidak akan kalah melainkan UMNO mengalahkan dirinya sendiri. Saya telah melihat beberapa klik UMNO yang meletakkan calon bebas untuk mengalahkan calon rasmi UMNO.
Maka calon UMNO pun kalah. Tetapi pilihanraya sekali lagi. pihak yang dahulunya meletakan calon bebas, dipilih pula menjadi calon dan ia ditentang oleh calon bebas tajaan calon UMNO yang kalah dahulu. Dianya juga kalah.Ini jelas menunjukkan bahwa mereka yang bemain dengan pisau akan mencederakan diri juga akhirnya"


Yang melahirkan dan mengkukuhkan UMNO ialah semangat dan bukan wang ringgit. Di waktu UMNO dianggotai oleh orang yang miskin belaka, UMNO telah berjaya menumpaskan British " Mahathir Muhamad - " CHALLENGER ' Siapa Lawan Siapa - SH Alatas.

Untuk itu, politik wang, rasuah politik dan politik main duit memang tidak dapat dielakan oleh orang UMNO. kerana mereka sudah kaya, mereka sudah banyak harta, mereka mampu menggadaikan maruah diri untuk kepentingan seketika. Lihat saha bagaimana Mohd. Taib, dengan tangkapan di Australis, bagaimana dengan mahligai Khir Toyo, bagaimana dengan kemewahan Khairi dan ramai lagi itu sebahagian dari contoh.

Akhirnya pada pemilihan 2004, tertangkaplah ISA, dan digantung tugas dan diambil tindakan disiplin tidak boleh bertanding kerana sah menggunakan wang dalam pertandingan tersebut. ISA melepaskan jawatan Naib Presiden. Bagitu juga pada pemilihan 2008, di sahkan KM Melaka bersalah dengan politik wang, tak boleh bertanding naib presiden tapi Ketua Menteri Melaka masih sah untuk di sandang, bagitu juga dengan Khair untuk jawatan ketua pemuda di sabitkan kesalahan tapi boleh bertanding dan menang sebagai Ketua Pemuda UMNO. ( Kenapa agaknya UMNO ada sistem undang-undang yang sedemikian ?)

Oleh kerana ketidak seriousnya UMNO menghapuskan politik wang ini lantas yang demikian, ISA Samad yang sah dengan salah lakunya berjaya pula di calonkan semula untuk kerusi Bagan Pinang. Inilah UMNO, apakah masih ada lagi yang mencintai dan berminat dengan UMNO - tepuk dada berfikirlan untuk masa depan.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA