" 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia " Najib - Perdana Menteri.
Lantas yang demikian, setiap hari terutama pembaca berita sama ada di radio mau pun TV sentiasa melaungkan kata-kata " Salam Satu Malaysia ", tak tau le pulak, apakah ada salam juga di media electronik bahasa Cina mau pun India. Kalau ada bagus lah tapu kalau sebaliknya . Perpaduan hanyalah dari orang melayu saja le. Hari Terbuka, yang kebetulan Muslim sedang merayakan Aidilfitri. Cukup hebat melambangkan perayaan ke arah Gagasan 1Malaysia ini.
Untuk meneruskan cita-cita Gagasan ini YAB PM. terus melontarkan satu idea, dan perlu dilaksanakan secepat yang mungkin. Perpaduan memang tidak dapat dinafikan perlu ujud dari kalangan pelajar dan ini bermakna ianya perlu ujud dari bangku sekolah lagi. Cuba renungkan perkara berikut:
Kenapa Malaysia masih perlu mengamalkan sistem persekolahan mengikut aliran? masih ada sudah 52 tahun merdeka Sekolah Cina, Sekolah Tamli dan Sekolah Kebangsaan, dan ini sudah pasti tidak dapat melahirkan hasrat Gagasan tersebut. walaupun ianya pernah ada dalam Penyata Razak, Penyata Rahman Talib. Tapi zaman telah berubah, banyak perkara telah dipinda dan diubah, mengapa pemupukan rakyat Malaysia yang berasaskan perpaduan kaum masih gagal di ubah untuk survival pembangunan bangsa Malaysia.
Kenapa masih lagi mahasiswa di kampus masih gagal " di bilikkan antara Melayu dan bukan Melayu ?" Apa salah dan dimana salahnya, ini perlu dikaji.
Kenapa pelaksanaan dasar Sekolah Wawasan juga turut gagal, dan cita-cita kerajaan untuk memsebumbungkan sistem persekolahan ketiga-tiga jenis aliran ini turut terbantut. Peruntukan cukup banyak di keluarkan hasilnya, sistem masih gagal beroperasi dengan sebaik mungkin, kenapa agaknya kepimpinan masyarakat Cina menolak sistem Sekolah Wawasan? - Masyarakat Cina terus menolak sistem pembelajaran di peringkat asas, kerana bagi mereka pembelajaran itu mesti menguasai sistem dan corak hidup masyarakat asalnya. Jadi dimana yang dikatakan "perpaduan" sudah ujud di kalangan masyarakat negara.
Kenapa agaknya, kegagalan-kegagalan strategi di atas masih tidak dikaji dan kepimpinan Melayu ( UMNO ) terus berlagak dengan penambahbaikan dalam aktiviti ini. Kini di war-warkan pula penubuhan Asrama 1Malaysia. Pelaksanaan asrama ini sudah pasti melibatkan ketiga-tiga bangsa. mereka di letakan di bawah satu bumbung, semua aktiviti dilaksanakan secara "perpaduan". Bolehkah masyarakt lain menerima aktiviti yang "wajib" dilaksanakan oleh pelajar / penuntuk Melayu nanti?
Yang muskilnya kenapa di umumkan dan perlu diambil tindakan segera - macam makan mee segera aje - umum september mesti buat januari. kenapa tak kaji, tak minta pandangan masyarakat baik buruhknya setiap perancangan tersebut. Pembentukan masyarakat yang bersatu padu seperti Malaysia adalah amat perlu tapi fikirlah baik buruknya dan belajarlah dari kegagalan yang lepas-lepas. Ambillah pandangan ramai, janganlah syok sendiri aje.
Mengkritik tidak bererti menentang,
Memuji tidak semestiknya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci
Dan berbeza pendapat adalah kawan
berfikir yang baik.
No comments:
Post a Comment