Pengurusan di Kementerian Pelajaran khusus berkaitan dengan cuti persekolahan sentiasa mengeliru, menyusah, serta sentiasa kelamkabut, perkara sebagini dari dulu lagi, agaknya pentadbiran di KP ini mengamalkan dasar " dulu, kini & selama-lamanya ". Cuti penggal pesekolahan, cuti perayaan untuk setiap bangsa dan agama dapat disusun sebelum musim pengajian dilaksanakan. Tapi yang sedihnya cuti tambahan di musim perayaan amat kelamkabut.
Berpandukan cuti yang diumumkan, semua sekolah menyediakan perancangan untuk setiap aktiviti yang bersesuaian untuk dilaksanakan, temasuklah pada musim perayaan kali ini. Aktiviti di susun sehingga hari terakhir persekolahan iaitu pada 18 Sept. 2009, dan Adilfitri jatuh pada 20 Sept. 2009 ( Ahad ) Tarikh ini telah lama di canangkan, hatta juruhebah radio juga kadang kala tersilap cakap terus mengumumkan sembahyang raya pada 20 Sept.
Berbalik kepada, keadaan di sekolah, pada tarikh akhir sebelum semua pelajar dan kalangan guru meninggalkan sekolah untuk becuti, pihak pentadbir merangka untuk mengadakan aktiviti seperti Majlis Khatam Alquran, majlis penyampaian " wang raya " untuk pelajar miskin dan sebagainya. Untuk yang balik jauh di perantauan awal bulan lagi sudah " booking " tiket bas / kapal terbang / keretapi untuk pulang ke kampong. Kerana Aidilfitri telah di ketahui.
Entah apalah yang meracau pemikiran Menteri, tanpa berfikir, terus mengumumkan sekolah bercuti bermula pada 17 Sept. 2009, ini bermakna semua sekolah di tutup pada 17hb. dan para pelajar boleh balik pada 16hb. selepas pesekolahan. Kesannya semua perancangan dan aktiviti yang di rancang sama ada di batal atau di tangguhkan atau dipercepatkan. Kankah ini menyusahkan.
Kepada para pelajara yang dah " booking " tiket, apa nak jadi dengan tiket tersebut. pada kaum keluarga yang datang mengambil anak merancang datang pada 17hb. tapi kini kena datang pada 16hb. Semua jadi kelamkabut. Ini lah kali pertama cuti tambahan pesekolahan turut melibatkan kakitangan pejabat. ( hanya di sekolah sahaja ) Apa agaknya telahan dari kalangan pentadbir di jabatan lain. kenapa pejabat sekolah diberikan keistemewaan tersebut? Mereka lupa menteri pelajaran juga adalah Tim. perdana menteri. Tak dapat nak umum cuti untuk seluruh negara jadile dapat umum untuk cuti satu kementerian sahaja, tapi pekerja lain di PPPD, Penyelaras PKG, kakitangan di Jabatan dan Kementerian tidak menikmati cuti tersebut.
Kenapa agaknya daya fikir menteri kelamkabut, tidakkah ia terfikir kesulitan yang dialami oleh murid, pelajar, ibubapa. disamping kehilangan wang ringgit kerana perlu membatalkan " booking ". Adalah disarankan agar pihak pegawai di kementerian tidak lagi melakukan kesilapan yang menyusahkan. Apakah ini konsep 1M - rakyat sentiasa disusahkan.
No comments:
Post a Comment