Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, October 29, 2009

PRU13 BELUM TENTU HAK PR

Peranan dan tanggojawab seorang pemimpin bukan mudah,

" Leadership is the capacity to translate vision into reality "
" Leader can have brilliant ideas, but if you can't get them across, your ideas won't get you anywhere "
" Leader must live with people to know thier problems, and live with God in order to solve them "
" Leader, the moment you stop reading, means you stop leading "
kata-kata ransangan di atas di petik dari buku THE POWER OF LEADERSHIP.

Untuk itu sejak kini sudah 4 wakil rakyat dari PKR meninggalkan parti yang telah memberikan mereka peluang untuk bergelar YB, bermula dari Perak - DUN Changkat Jering, dan DUN Behrang, ianya diikut oleh ADUN kawasan Kota Seputeh di Kedah dan hari ini di selangor pula di kawasan Pelabohan kelang.

Kenapa dan mengapa agaknya mereka lari?

Untuk melaksanakan tugasan YB bukan semudah yang di jangkakan, tambahan kalau kita dapat jawatan itu dengan cara mengejut, ini jelas kerana ramai kalangan kepimpinan dari PKR mendapatkan jawatan tersebut cara terkejut. Seperti DUN Behrang dengan tugas seorang Posmen ( tidaklah mengecilkan jawatan ini ) tapi apa bila bergelar YB dan bini lebih dari dari satu, rakan keliling sudah ramai, sedangkan aset yang dibawa kecil, jadi untuk melayan rakan dan pekerja yang sudah biasa dengan hidup mewah sudah tentu menyukarkan.

Ramainya ahli PKR adalah dari UMNO, ketahanan mental cukup lemah, kantong tak boleh kering, hidup sentiasa mewah jadi kebiasaan ini tak boleh digunakan semasa kita di lain parti, kerana parti yang dianggotai adalah pembangkang, jadi apabila dapat jadi YB angan-angan mula tinggi untuk mangut laba yang banyak. Sudah tentu ianya gagal untuk di laksanakan kerana dasar PR bukan untuk hidup mewah tapi memastikan rakyat yang dipimpin sentiasa mewah, jadi YB jenis ini merasa hampa dan jalan paling mudah ialah keluar dari parti dan memberikan sokongan kepada parti yang memerintah. Mana tau jika ada keuntungan mungkin dapat lapa dari mereka.

Sepatutnya YB dari PKR perlu melihat bagaimana kekuatan rakan dari PAS, kepimpinan PAS dan ahli-ahli mereka sudah lama berjuang dengan kekalahan, tapi orang UMNO, sekejab ada Semangat 46, bubar, ada UMNO baru dan lama, kemudian serpihan lagi ujud pula PKR. Bagaimana PR nak memerintah dan memenangi PRU13, kalau baginilah cara dan tingkah laku YB dari Pr. Setakat ini PAS belum ada yang lari, DAP dah 1 dan PKR dah 4. harap tidak ada lagi yang lari.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA