Laporan Ketua Audit Negara, terhadap pengurusan kewangan setiap kerajaan negeri amat mengejutkan rakyat seluruh negera. Setakat ini negeri bawah tadbir urus oleh PR dapat laluan " credit " dari pejabat ketua Audit Negera. Pembentangan bajet 2010 oleh PM dan ucapan balas PM dalam penantian dalam semakan di dapati kecairan, kebocoran, kealpaan, silap guna wang rakyat berjumlah 20 billion.
Apa yang lebih penting ialah dalam pengurusan kewangan ini, pihak kerajaan ( ketua jabatan ) di kementerian, jabatan, mereka lebih nampak dan memberikan perhatian khusus kepada kesalahan dan kecairan kewangan di anak-anak kecil, contoh kesalahan di sekolah yang penglibatan hanya RM2 atau RM3 sahaja. Bagitu juga di pejabat-pejabat kecil yang lain, pemerhatian cara khusus diberikan, setiap kesalahan pasti akan di ambil tindakan, sama ketua jabatan akan ditukar mau pun di halang kenaikan pangkatnya.
Tapi apakala penyalahgunaan itu berlaku dan dilakukan di tempat yang lebih tinggi dan ianya puna di pengaruhi oleh kuasa politik, maka salah laku kewangan ini di diamkan saja. kenapa ya?. Kita di maklumkan setiap tahun pihak Ketua Audit akan memaklum atau melaporkan ada saja kerajaan negeri yang menyalah gunakaan wang rakyat, tapi sampai ke laporan tahun 2008 ini masih tidak ada tindakan yang diambil. Contoh dengan KBS - kementerian Belia dan Sukan. Menterinya terus menjadi YB walaupun tidak jadi menteri - agaknya itu lah hukuman yang patut diterima oleh beliau.
Yang hebatnya tahun ini 2008, pelaporan menterjemahkan di mana kerajaan negeri di bawah pimpinan PR telah menunjukkan prestasi kewangan yang boleh dibanggakan, kenapa ianya tidak berlaku di negeri kelolaan UMNO / BN. Seperti di Pahang, negeri ini sendiri telah menerima saman jumlah jutaan atas salah laku penebangan balak hak kerajaan negeri. Tak hairan lah, ada kalangan pemandu kerata YB di SUK Pahang yang mengisi minyak RM100 dalam masa selang seminit. Berapa besar agaknya tangki minyak kereta tersebut?
Ketika itu, di mana pegawai kewangan negeri? siapa yang menandatangai inden pembeliaan? inilah yang dikatakan salah laku yang patut dan perlu dielak oleh setiap mereka yang berakhlak.
Kepada kepimpinan PR yang memerintah Kedah, Pulau PInang, Selangor dan Kelantan di doakan agar negeri-negeri ini terus menunjukkan prestasi kewangan yang membanggakan dan insyallah akan menjadi contoh dan ikutan serta pemberiaan undi oleh orang ramai dalam PRU13 nanti
No comments:
Post a Comment