Tragedi jambatan gantung yang baru di dirikan dalam tempoh kurang dari 2 minggu roboh boleh membukakan mata kepada seluruh masyarakat Malaysia, khusus berkaitan dengan sistem kerja yang diamanahkan dan rasa pertanggongjawaban kepada setiap konraktor yang terpilah untuk mendirikan sesuatu projek tersebut.
Kini sudah pasti, pihak sekolah akan menjadi sasaran terutama Guru Besar, SK Kuala Dipang akan menjadi "hot" sehari dua ini, dah lah dipertanggongjawabkan untuk mengendali uruskan Perkhemahan 1M untuk Kinta Selatan, kini berdepan pula dengan soal siasat bagaimana boleh jadi keruntuhan tersebut, kenapa pihak sekolah gagal memastikan keselamtan pelajar dapat diatasi, kenapa itu dan kenapa ini. Yang pasti ketenangan Guru Besar pada ketika ini terancam.
SPRM menyoal siasat GB En. Alwi Hashim selama 2 jam di sekolah, sebelumnya pihak Jabatan Pelajaran Perak juga menemubual beliau selama 3 jam. Jika faktor ini diambil kira, apakah GB ini terlibat dengan pengurusan dan pengendalian pembinaan jambatan tersebut? persoalan ini perlu di jawab secara rasional. Kenapa agaknya pihak JPN / PPD tidak terus menyoal siasat kepada pihak yang tertentu yang di pertanggongjawab untuk pembinaannya.?
Pihak sekolah cuma merancang untuk pembinaan dan penambah baikan kepada institusi persekolahan bawah kawalan beliau. GB perlu bertindak untuk memikirkan agar institusi sekolah bawah kawalannya di bangunkan dengan semua kemudahan. Dapatan dari itu pihak PPD ( pejabagt Pelajaran Daerah ) dengan kewangan dari Jabatan Pelajaran pula menyediakan bajet dan kontraktor yang " berwibawa " untuk tujuan pelaksanaan. Di sinilah mula ujudanya persefahaman antara orang di PPD / JPN dengan pihak kontraktor, dan sekolah menerima siapa saja untuk tujuan pembinaan.
Kadang kala pihak PPD langsung tidak memantu setiap pembinaan projek yang dibangunkan dan sebaliknya menyerahkan " inden " untuk di tandatangani sahaja. Apakah projek yang dilaksanakan mengikut spesifikasi yang sepatutnya atau pun sebaliknya. Bukan menidakan, kadang kala Penyelia Pembangunan yang ada di PPD mau di JPN pengetahuan berkaitan dengan pembinaan amat terhad sekali, faktor ini juga menjadi kekangan kepada mereka untuk melaksanakan pemantuan yang lebih terperinci.
Pada kesimpulanya, tragedi sebagini boleh dielakan jika semua pihak memainkan peranan yang khusus, pemantauan amatlah diperlukan, spesifikasi kerja patut juga diserahkan kepada pihak pentadibran sekolah, bolehlah pihak sekolah memantau dan memberi pandangan dan tegoran setiap pembinaan yang dilaksanakan. dan janganlah diarahkan kepada pihak kontraktor " jangan " dengar luahan pendapat GB pula.
Bersama lah kita bertanggongjawab dan ada rasa kepunyaan untuk kepentingan semua pihak.
No comments:
Post a Comment