PRK ke 9 di Negeri 9 berakhir dengan kekalahan yang memang di jangkakan, tapi jangkaan kemorosotan majoriti memang tidak diduga. Semua UPU, PR kalah, malahan undi pos juga amat jauh ketinggalannya, kalau PRU 12, PAS memperolehi hampir 2 ribu undi tapi kali ini gagal dengan jauh sekali merosotnya, cuma hanya menghampiri ke 7 ratus sahaja. Angkatan Tentera yang keluar mengundi sejumlah 4611, untuk PAS cuma 601 dan BN memperolehi 3521 dan ada juga kalangan ahli ATM yang tak berminat sama ada PAS atau BN dengan merosakan undi sejumlah 134.
Dengan majaroti melebihi 5ribu bermakna peningkatan 2 kali ganda dari majoriti pada PRU12. Dimana salah dan silapnya. Apakah ini bertanda yang pengundi sudah memahami konsep 1M, apakah dengan menjual rumah di Bandaraya Kuala lumpur dengan harga murah dapat mempengarudi pengundi di Bagan Pinang, apakah daya fikir, orang di Bagan Pinang termakan dengan umpan projek pembinaan sekolah, pembinaan jalan raya serta pemberian sumbangan KWAMP atau pun dengan mengujudkan " makkal sakti " berjaya menarik minat kalangan orang India terus membuat " turning point " dan meninggalkan PR? persoalan yang diutarakan perlu diberikan jawapan oleh kepimpinan PR. Rasanya tidak.
Apakah gulongan muda juga telah berpatah balik dengan menyokong UMNO / BN. sedangkan kepimpinan muda BN / UMNO juga tidak bersetuju dengan pencalunan Isa untuk mempertahankan kerusi Bagan Pinan. Dimana silapnya ya?
Walau apa sekali pun andaian yang diberikan, kepimpinan PR perlu mengkaji dan meneliti kemampupan, keiklasan, kejujuran, keakraban serta tidak menimbulkan banyak isu yang boleh di politikkan pihak lawan. Jika di senaraikan banyak isu yang boleh memihak kepada PR - Beng Hock, Kugan, perarakan kepala lembu semua isu yang kuat untuk mempengaruhi pengudi. Tapi apa dah jadi ye?
No comments:
Post a Comment